web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: 31 Peratus Kes Baharu Sabah Dikesan Menerusi Saringan Bergejala

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2021 8:15AM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sabah merekodkan 1,752 kes positif COVID-19 hari ini dengan 31 peratus atau 538 kes dikesan melalui saringan bergejala, menjadikan jumlah kumulatif 103,437 kes di negeri itu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata peningkatan kes positif harian di lima daerah di Sabah sebahagiannya dikesan melalui saringan bergejala.

Beliau berkata daripada 436 kes baharu di Kota Kinabalu semalam, 144 daripadanya dikesan melalui saringan bergejala diikuti Tuaran (40 daripada 111 kes baharu), Penampang (71 daripada 228 kes baharu), Sandakan (49 daripada 113 kes baharu) dan Tawau (49 daripada 261 kes baharu).

“Jumlah kes melalui saringan bergejala yang tinggi merupakan peringatan kepada masyarakat untuk terus mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard semasa berada di khalayak ramai khususnya di tempat-tempat tertutup seperti pasar raya dan restoran.

“Ini juga antara sebab mengapa perlunya pekerja dan pelanggan di pasar raya dan restoran untuk lengkap dua dos vaksin COVID-19 (sebulan daripada sekarang) bagi mengurangkan risiko jangkitan sporadik di tempat-tempat lazim dikunjungi ramai orang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Masidi yang juga jurucakap berkaitan COVID-19 Sabah berkata pesakit baharu dalam kategori dua menjadi kumpulan terbanyak iaitu 972 kes atau 55.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes baharu hari ini dan trend itu sejajar dengan peningkatan kes melalui saringan bergejala.

Beliau berkata 10 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan di tiga daerah semalam merangkumi lima kes di Kota Kinabalu, Tawau (empat) dan Keningau (satu).

Katanya, seramai 847 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 86,976 orang manakala 5,168 pesakit masih menerima rawatan di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Awam, pusat tahanan sementara dan penjara serta fasiliti swasta.

Mengenai perkembangan program vaksinasi di Sabah, Masidi berkata 44.6 peratus penduduk dewasa negeri itu telah memperoleh satu dos vaksin COVID-19 dan 20.8 peratus sudah melengkapkan kedua-dua dos suntikan setakat ini.

Seramai 1.37 juta rakyat Sabah atau 49.8 peratus telah membuat pendaftaran sebagai penerima vaksin  menerusi pelbagai platform disediakan, katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut