web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekas Datuk Bandar MBIP Bebas Dengan Jaminan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 11:53AM

Bekas Datuk Bandar MBIP yang direman bagi membantu siasatan kes rasuah, dibebaskan dengan jaminan, hari ini. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan kes rasuah, dibebaskan dengan jaminan, hari ini. 

Majistret Normadiana Mamat memerintahkan lelaki berusia 60 tahun itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM50,000 tanpa deposit beserta seorang penjamin.

Mahkamah turut memerintahkan suspek untuk hadir melapor diri pada tarikh ditetapkan Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor. 

Terdahulu, suspek yang juga bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) itu ditahan reman tiga hari bermula 11 Ogos lalu sebelum disambung empat hari sehingga hari ini. 

Suspek sebelumnya ditahan berhubung kes penerimaan rasuah, selepas hasil siasatan SPRM mengesyaki beliau terbabit menerima suapan daripada kontraktor, bagi setiap kelulusan projek yang dilaksanakan di bawah kendalian MBIP sewaktu masih bergelar Datuk Bandar. 

Siasatan ke atas suspek dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, seorang pesara yang disyaki menjadi orang tengah kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru Bahru (MBJB) untuk menerima rasuah, masih ditahan reman. 

Suspek lelaki yang berusia 60 tahun dan merupakan bekas penjawat awam itu direman enam hari bermula 13 Ogos lalu hingga Rabu ini.

Siasatan terhadap suspek turut dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. 

Siasatan awal mendapati suspek disyaki bertindak sebagai orang tengah kepada Datuk Bandar MBJB bagi mendapatkan wang rasuah daripada kontraktor. 

Perbuatan tersebut adalah sebagai balasan kerana meluluskan kerja yang dilaksanakan kontraktor bagi projek dikeluarkan MBJB dalam tahun 2020 dan 2021. - Getaran, 16 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad