web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tertembak Rakan Guna Senapang Buatan Sendiri Ketika Berburu, Pemuda Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 8:17PM

Senapang buatan sendiri yang digunakan dalam kejadian. - Gambar Ihsan Polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KENINGAU - Polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun bagi membantu siasatan satu kes tembak rakan ketika berburu di kawasan kebun Kampung Sunsuron, Tambunan, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan (DSP) Shahrudin Mat Husain berkata suspek yang merupakan seorang penganggur di tahan pada hari yang sama selepas pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan.

Menurut beliau, polis turut merampas selaras senjata api buatan sendiri dikenali sebagai bakakuk, sebutir kelongsong peluru dan pakaian yang digunakan suspek ketika kejadian.

“Dalam insiden lebih kurang jam 5 petang itu, suspek bersama rakannya pergi berburu, sebelum dia dikatakan tertembak mangsa, menyebabkan pemuda berusia 20 tahun terbabit maut akibat kecederaan parah pada lengan dan badan.

“Pemeriksaan mendapati tubuh mangsa dipenuhi kesan tembakan, dan mayatnya dibawa ke Hospital Tambunan untuk bedah siasat,” katanya.

Shahrudin berkata, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah akan direman enam hari bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat di bawah Sesyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang memiliki maklumat berhubung kejadian diminta segera menghubungi pihak polis,” katanya. - Getaran, 17 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad