web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KRI Sambut Baik Usaha Tawar Vaksin Rakyat Asing

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 8:51PM

Ketua Perwakilan KRI Tawau, Heni Hamidah (tiga dari kanan) mengetuai majlis sambutan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia Ke-76, di bangunan KRI, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau menyambut baik usaha pihak berkuasa Malaysia membenarkan rakyat negara itu turut sama mengikuti program vaksinasi di negeri ini.

Ketua Perwakilan KRI Tawau, Heni Hamidah berkata, dianggarkan lebih 20 peratus daripada 170,000 warga Indonesia berdaftar di daerah ini sudah menerima vaksin atau slot temu janji masing-masing.

Menurut beliau, seluruh petugas KRI dan ahli keluarga mereka pula telah melengkapkan dos masing-masing.

“Kami sangat menghargai kebijakan pemerintah Malaysia untuk memberi vaksin kepada bukan warga negara yang tinggal di sini,” katanya. 

Heni Hamidah bercakap kepada wartawan yang hadir di majlis sambutan Hari Kemerdekaan Republic Indonesia ke-76.
Heni Hamidah bercakap kepada wartawan yang hadir di majlis sambutan Hari Kemerdekaan Republic Indonesia ke-76.

Program sama katanya, dilaksanakan pemerintah Indonesia terhadap rakyat asing yang menetap di republik tersebut.

Dalam perkembangan lain Heni berkata, 13,000 bakul makanan berjaya diedarkan kepada rakyat Indonesia yang berada di daerah ini sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula April lalu.

“Bantuan itu diberikan kepada rakyat Indonesia yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), khususnya mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Terdahulu, Heni mengetuai majlis sambutan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia Ke-76, di bangunan KRI, hari ini.

Tinjauan mendapati, selain pemeriksaan suhu, KRI turut melakukan ujian saringan RTK Antigen ke atas semua kakitangan termasuk petugas media bagi mengelakkan jangkitan COVID-19. - Getaran, 17 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad