web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Anggota Abu Sayyaf Maut Ditembak, Perancang Utama Penculikan Pemilik Ladang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 4:27PM

Salah seorang dari individu yang dipercayai anggota militan Abu Sayyaf yang ditembak mati. - Gambar ihsan Polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Dua individu, dipercayai anggota militan Abu Sayyaf ditembak mati dalam pertempuran bersama pasukan keselamatan di utara Pulau Timbang, awal pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, seorang daripada suspek dipercayai turut menjadi perancang utama untuk melakukan penculikan ke atas beberapa pemilik ladang di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, pertempuran berlaku di kawasan hutan kelapa sawit terbiar sekitar jam 5 pagi tadi.

“Pemeriksaan yang dilakukan selepas itu turut menjumpai sepucuk pistol jenis Colt Point 45 dan sebilah parang.

“Kejayaan hari ini adalah susulan daripada beberapa operasi yang dijalankan lebih awal dan siasatan mendapati, seorang daripada mereka terbabit merancang siri penculikan di Pulau Timbang, Sukau dan kawasan sekitar,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Hazani berkata, pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebelum ini terbabit dalam dua operasi ke atas kumpulan militan berkenaan pada 17 Mei dan 8 Ogos lalu di Taman Sri Arjuna dekat Beaufort.

Maklumat dan hasil risikan katanya, membawa kepada serbuan di kuarters pekerja Ladang Borhill, juga di Pulau Timbang sekitar jam 2 pagi 18 Ogos lalu.

“Dalam serbuan itu, kita berjaya menahan 25 lelaki kerana tidak memiliki dokumen dan permit kerja yang sah, masing-masing 11 rakyat Filipina serta 14 Indonesia.

“Kami juga mendapati ada beberapa individu berjaya melarikan diri,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, tujuh lelaki Filipina yang ditahan itu disahkan sebagai anggota Abu Sayyaf oleh pihak keselamatan Filipina, manakala lapan warga Indonesia dibebaskan selepas majikan menunjukkan dokumen dan permit kerja masing-masing.

“Soal siasat ke atas orang kanan militan, Sansibar Bencio yang ditahan di Beaufort membolehkan kita mengetahui bahawa kumpulan terbabit sedang merancang untuk melakukan penculikan terhadap beberapa pemilik ladang di sekitar Pulau Timbang,” katanya.

Hazani menarik perhatian, operasi hari ini yang dibuat sebagai susulan kepada serbuan dua hari lalu adalah hasil kejayaan ESSCom dengan bantuan PDRM dan agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Kita juga menerima sokongan padu pasukan keselamatan Filipina menerusi perkongsian maklumat secara aktif bagi memastikan kegiatan militan Abu Sayyaf ini dapat dibendung,” katanya. - Getaran, 20 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut