web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


Mengupas Idea Di Balik Buku 'Singa Pura-Pura'

Ikuti temu bual bersama Dr. Nazry Bahrawi yang telah menyunting dan menterjemah buku fiksyen berjudul 'Singa Pura-Pura' karya 12 penulis Singapura terbitan Ethos Books.

Singapura Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 2:51PM

Gambar: Ethos Books, Spela Mocnik

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Singa Pura-Pura. Itulah tajuk buku himpunan karya 12 penulis terbitan Ethos Books yang dihasilkan Pensyarah Kanan di Jabatan Kemanusiaan, Seni dan Sains Kemasyarakatan di Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura (SUTD), Dr. Nazry Bahrawi.

Menurut Dr. Nazry yang dihubungi baru-baru ini, naskhah ini merupakan persimpangan di antara karya kreatif dan penelitian akademik.

Beliau ingin memperkenalkan sebuah aliran sastera Melayu yang unik kepada Singapura yang bermula pada 2010.

“Ia merupakan sebuah aliran yang tidak berorganisasi. Tidak seperti Asas 50 yang dipandu falsafah ‘sastera untuk masyarakat’. 

“Anggota-anggotanya tidak berkolektif tetapi mereka semua menulis dalam gaya cereka spekulatif - mengilhamkan pengalaman mereka sebagai ahli masyarakat minoriti Melayu di Singapura,” katanya. 

Walaupun aliran ini didorong oleh penulis Melayu dalam Bahasa Melayu, ia juga boleh melibatkan penulis Melayu dalam bahasa Inggeris. Jadi buku ini menampilkan cerpen yang ditulis dalam kedua-dua bahasa.

Oleh kerana buku ini diterbit dalam Bahasa Inggeris, beliau telah menterjemahkan lima karya yang asalnya dalam Bahasa Melayu.

“Sebelum ini, kebanyakan penulis yang terkenal dalam gaya penulisan ini terdiri daripada mereka yang bukan Melayu. 

“Akhirnya, ini boleh dilihat sebagai suatu jemputan bagi semua masyarakat Singapura untuk berjinak-jinak dengan bahasa kebangsaaan mereka kerana bukan semua perkataan Melayu telah saya terjemahkan,” kata Dr Nazry. 

Ditanya mengapa Singa Pura-Pura diangkat sebagai judul ini, Dr. Nazry menjelaskan ia gabungan dua perkataan iaitu nama sebuah negeri dan sikap berkhayalan. 

“Bila digabung, ia menonjolkan sebuah konsep yang pernah dipopularkan oleh seorang ahli sejarah iaitu Benedict Anderson yang menekankan bahawa negara merupakan suatu ‘masyarakat yang dibayangkan”

“Jika aliran ‘sastera untuk masyarakat’ berdasarkan mewujudkan sebuah negara sebagai hakikat, aliran Singa Pura-Pura pula melawan arus pendirian tersebut dan memaksa kita untuk meneliti konsep negara dari perspektif baru.” katanya baru-baru ini.

Dr. Nazry Bahrawi. Gambar: Spela Mocnik
Dr. Nazry Bahrawi. Gambar: Spela Mocnik

Buku Singa Pura-Pura mengetengahkan tema-tema seperti ‘potensi yang disia-siakan, halangan yang susah dilihat serta kehidupan yang harus dimuatkan dalam kategori kemas’.

Selain itu, Dr. Nazry mengatakan ia juga menyentuh unsur-unsur positif seperti penghormatan bagi tradisi yang kaya dan sikap peduli pada diri sendiri dan orang lain.

Terdapat empat segmen dalam buku ini  iaitu ‘spectres of sihir’, ‘smart mamat city’, ‘family nuclear’ dan ‘tech baru’. Karya-karya yang terpilih adalah daripada penulis berpengalaman dan pendatang baru. 

Berkongsi penglibatannya sebagai penyunting serta penterjemah Singa Pura-Pura, ini penjelasan Dr. Nazry.

“Buku ini adalah ilham saya sendiri. Sebagai ahli akademik, saya pakar dalam penelitian teks dan naratif alam Melayu. Pada 2018, saya mula meneliti makna legenda harimau jadian alam Melayu. 

“Seterusnya, saya mendapati penulis Melayu di Singapura asyik menulis cerita ajaib seperti Souvenir Dari Angkasa Lepas diterbitkan pada 2016 oleh Hassan Hasaa’Ree Ali, Kesumat Sang Avatar (2017) oleh Farihan Bahron and antologi cerpen Iblis Sudah Mati (2018). 

Saya juga melihat penulis Melayu di Singapura yang menulis dalam Bahasa Inggeris juga menghasilkan karya-karya berbentuk serupa.

Umpamanya, The Gatekeeper (2017) oleh Nuraliah Norasid dan Harris Bin Potter and the Stoned Philosopher (2017) oleh Suffian Hakim.”

“Jadi, apabila National Arts Council mengumumkan persaingan bagi Toji Cultural Residency di Korea Selatan bagi 2019 sudah dibuka, saya menggunakan peluang ini untuk menjelaskan konsep ini. Saya gembira apabila diberitahu yang permohonan saya telah diluluskan,” katanya. 

Mengulas lanjut pengisian Singa Pura-Pura, Dr. Nazry berkata, terdapat banyak kisah aneh dalam karya ini.  

“Antaranya mengenai seorang saintis perempuan yang mendapati dirinya kacukan manusia dan makhluk asing menerusi karya ‘The Chip’ oleh Pasidah Rahmat. 

“Dia juga dapat tahu bahawa syarikat antarabangsa di mana dia bekerja telah mencipta cip yang boleh memberi maklumat tepat mengenai kesihatan seseorang dan memantau pergerakan mereka,” katanya. 

Menerusi buku ini, Dr. Nazry turut menyumbang cerpen berjudul ‘Tujuh’ yang mengisahkan pembunuh bersiri. 

“Ia bukan pembunuh biasa kerana mempunyai kemampuan luar biasa yang berunsur saintifik dan mistik.

“Saya mahu fokus kepada keganasan tersembunyi dalam masyarakat Melayu dan juga kekejaman di sebalik pembikinan karya seni kerana ia berkisarkan lukisan popular oleh artis dari alam Melayu,” katanya. 

Singa-Pura-Pura boleh dibeli di laman sesawang Books Actually atau Ethos Books, di kedai buku Kinokuniya, The Moon dan City Book Room di Singapura. - Getaran, 10 Oktober 2021

Gambar: Ethos Books, Instagram @lesenwanderer, Spela Mocnik

Isu Pada

Ummi Nazeera: Tak Pernah Berhenti

09 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Semasa 1 hari yang lalu

Daim Zainuddin Meninggal Dunia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Tebuk: Polis Tembak Mati 4 Penjenayah Warga Asing