web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


Dalami Ilmu Pengurusan Jenazah Di Singapura

Walaupun pada awalnya tidak terfikir tentang hal ini, media sosial telah membantu menanamkan minat kepada warga Singapura yang beragama Islam untuk mempelajari tentang ilmu pengurusan jenazah.

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2021 3:54PM

Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kematian itu pasti namun apabila ia datang secara mengejut sama ada di rumah atau hospital apakah kita sebagai anggota keluarga atau pewaris tahu apa yang perlu dilakukan supaya jenazah dapat diuruskan dalam keadaan tenang dan tidak panik?

Apa pula yang harus dilakukan agar jenazah dapat disemadikan dengan sempurna di tanah perkuburan Islam?

Itulah antara soalan-soalan yang dapat dijawab sekiranya peserta menyertai kursus pengurusan jenazah di Singapura yang semakin kerap dianjurkan oleh beberapa syarikat pengurusan jenazah Islam setempat.

Kursus seperti ini telah lama dianjurkan di Singapura namun dengan adanya media sosial, para penganjur hanya perlu berkongsi di Facebook atau Instagram untuk menyebarkan maklumat mengenai penganjuran kursus itu dengan mudah dan pantas.

Salah sebuah syarikat pengurusan jenazah iaitu Alkhatib Basharahil Islamic Singapore(ABI) sempat menganjurkan kursus pengurusan jenazah pada 20 November lalu.

Pengarah serta pengasas bersama syarikat itu, Sheikh Mubarak Basharahil berkongsi, “Kita nak didik komuniti kita. Apa yang kita ingin sampaikan kepada peserta ialah kita sebagai pihak yang uruskan jenazah pun bila ada kematian, kadang-kadang kita berkemungkinan untuk lupa nak hubungi siapa, nak buat apa.

“Jadi kursus ini sebagai refresher dan peringatan bagi mereka yang tahu tapi lupa, serta untuk mereka yang tidak tahu informasi ini jika ada kematian berlaku. Ia ilmu untuk semua peserta.”

Sheikh Mubarak Basharahil dan pasukan pengurusan ABI Singapura
Sheikh Mubarak Basharahil dan pasukan pengurusan ABI Singapura

Terangnya lagi, perkongsian turut memasukkan topik apa yang harus dilakukan dan disiapkan sekiranya jenazah dibawa pulang ke rumah.

“Kami tunjuk juga cara  jenazah dikafankan. Kita ada live dummy tapi sekarang disebabkan oleh COVID kita perlu ikut undang-undang dengan adanya SOP. Rakan sekerja jadi dummy,” katanya.

Kursus asas pengurusan jenazah mereka adalah selama 5 hingga 6 jam sahaja. Pernah juga ada permintaan oleh peserta untuk mengadakan kursus yang lebih intensif bagi mereka yang ingin mendalami topik ini.

Tenaga pengajar kursus adalah pengurus jenazah syarikat itu sendiri yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang tersebut. 

Tambahnya, “Kita juga mengajar cara mandikan jenazah dan apakah barang yang perlu disiapkan. Pada masa hadapan, kami berniat adakan kursus di tanah perkuburan sendiri tapi kita perlu dapatkan kelulusan dari pihak NEA (Agensi Persekitaran Kebangsaan).

“Kami nak mereka rasakan sendiri, biar dapat turun ke liang lahad dan duduk situ.”

Sambutan terhadap kursus itu amat menggalakkan kerana pada 20 November lalu, bertempat di auditorium Madrasah Aljunied, Singapura seramai 60-70 peserta berbayar telah menyertainya.

Mereka bakal menganjurkan sebuah lagi kursus pengurusan jenazah sebelum akhir tahun ini kata Mubarak.

Peserta yang sudah menjadi anggota khairat kematian syarikat Alkhatib Basharahil Islamic Singapore (ABI) hanya perlu membayar $30 untuk sertai kursus itu manakala bukan ahli dikenakan bayaran $50.

Ini jawapan pengarah serta pengasas bersama syarikat tersebut ketika diminta mengulas mengenai trend diadakan kursus sedemikian di Singapura.

“Memang dari dulu ada, cuma mungkin sejak kebelakangan ini lagi menarik dan unik. Kalau dulu bila saya ambil kursus jenazah, semuanya kelihatan very simple. Tak macam sekarang, nampak lagi menarik.

“Sekarang dengan tidak sengaja, atau walaupun selama ini tidak terfikir pun nak belajar tentang pengurusan jenazah tapi bila nampak iklan di Facebook dan Instagram, rasa tertarik. Tidak seperti dahulu.” - Getaran, 11 Disember 2021

Instagram: @abi_singapore

Gambar: Alkhatib Basharahil Islamic Singapore (ABI)

Isu Pada

Amaran Bunga Dan Siti Nordiana

11 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

3

Luar Negara 6 bulan yang lalu

Bakal PM Singapura Umum Barisan Kabinet

4

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Daim Zainuddin Meninggal Dunia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Semasa 1 hari yang lalu

Op Tebuk: Polis Tembak Mati 4 Penjenayah Warga Asing