web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Singapura Sahkan 1 Kes Tempatan Cacar Monyet

Singapura Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 11:46AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapura mengesahkan satu kes tempatan jangkitan cacar monyet di Singapura melibatkan seorang lelaki warga Malaysia berusia 45 tahun yang menetap di republik itu.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), pesakit itu disahkan positif cacar monyet pada 6 Julai dan kini dimasukkan ke wad di Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID).

“Keadaannya stabil. Kesnya tiada kaitan dengan kes import yang diumum MOH pada 21 Jun,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan dikeluarkan di laman sesawangnya Rabu malam.

Menurut kementerian kes itu pada awalnya mengalami ruam pada kulit bahagian bawah perut pada 30 Jun, dan kemudian mengalami keletihan dan bengkak kelenjar limfa pada 2 Julai.

Kes mengalami demam dan sakit tekak pada 4 Julai dan mendapatkan rawatan perubatan. Pesakit turut menjalani ujian awal untuk mengesan kemungkinan ada masalah lain.

“Apabila ujian itu kembali negatif, kes kemudiannya dihantar ke NCID pada 6 Julai, untuk menjalani kuarantin dan penilaian lanjut,” menurut kenyataan itu.

Sehingga 6 Julai, tiga kontak rapat telah dikenal pasti membabitkan dua rakan serumah dan satu kontak sosial.

“Semua kontak rapat pesakit akan dikuarantin selama 21 hari dari kali terakhir mereka berhubung. Pengesanan kontak sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Bakal PM Singapura Umum Barisan Kabinet

3

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Sukan 23 jam yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

Semasa 1 hari yang lalu

Beli Rumah Dapat Kereta, Setiausaha Anggap Tuah Anak Baru Lahir 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Treler Terbabas: 40,000 Liter Susu Getah Tumpah, Jejaskan Kawasan Sawah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 11 jam yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

oleh Diyana Nawwar