web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Wajar Hukum Jurulatih Ziyad - Menteri 

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 5:23PM

Ahmad Faizal mengunjungi beberapa rumah mangsa kejadian tragedi kepala air di Yan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERAI - Jurulatih kepada Muhammad Ziyad Zolkefli, Faizol Harun tidak sewajarnya dihukum semata-mata kerana beliau mengaku bertanggungjawab terhadap semua yang berlaku kepada atlet harapan negara itu di Tokyo, baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tindakan sedemikian hanya mendatangkan kerugian memandangkan Faizol telah membuktikan kemampuannya mencungkil bakat atlet tanah air untuk menyinar di peringkat dunia.

"Jika kita benar-benar hendak ambil tindakan, biarlah ia mendatangkan keuntungan dan bukan merugikan atlet, sukan dan negara. Jika benar beliau bertanggungjawab sekali pun, adakah wajar kita menghukum Faizol untuk tidak melatih Ziyad atau atlet lain lagi?

"Faizol sudah berjaya mencungkil bakat atlet ke peringkat dunia. Jika benar pun beliau bertanggungjawab, saya fikir adalah sesuatu yang merugikan jika dirinya dihukum hanya semata-mata kerana satu kesilapan," katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Majlis Belia Daerah Yan di sini, hari ini.

Terdahulu beliau turut mengunjungi beberapa rumah mangsa kejadian kepala air yang berlaku 18 Ogos lalu bagi menyampaikan sedikit bantuan.

Ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, Faizol mengaku bertanggungjawab terhadap semua yang berlaku ke atas Ziyad dan meminta orang ramai agar tidak menuding jari kepada pihak lain.

Jurulatih itu juga tidak menganggap isu berkenaan sebagai sabotaj dari pihak lawan sebaliknya berlaku kerana sedikit kesilapan teknikal.

Mengulas lanjut Ahmad Faizal berkata, tanggungjawab atas apa yang berlaku tidak sepatutnya dipikul oleh jurulatih itu semata-mata.

"Kalau nak bercakap tentang tanggungjawab, maka saya sendiri bersama Chef de Mission (CDM), Datuk Seri Megat D Shariman Zaharudin dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) juga perlu ambil tanggungjawab.

"Tetapi bila bicara tentang tindakan yang perlu diambil, tumpuan tidak boleh hanya diberi kepada hukuman semata-mata, sebaliknya perlu difokuskan juga kepada usaha untuk pastikan kejadian ini tidak berlaku lagi serta menambah baik apa yang patut. Itu yang paling penting," katanya. - Getaran, 4 September 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang