web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JDT Pinjamkan Kanvas, Bukan KBS Tak Ada Duit Tapi Ini Sebabnya - Peja

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 8:22PM

Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan sedang memberi keutamaan untuk membaik pulih Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) terlebih dahulu berbanding membeli peralatan bagi fasiliti sukan tersebut, khususnya kanvas bagi menutup padang.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pembelian kanvas merupakan perancangan pihaknya namun bukan masa sesuai untuk ia dilaksanakan  ketika ini.

“Kerja baik pulih sedang lagi berjalan, kita akan lakukan terhadap padang dulu, baru kita nak buat (beli) kanvas dan bahan itu bukannya murah kerana melibatkan kos sehingga RM300,000.

“Takkan kita nak beli kanvas itu sekarang. Jadi, kita takkan membeli barang dahulu. Kita akan mulakan dengan menukar padang terlebih dahulu,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Faizal Azumu - Gambar Fail
Ahmad Faizal Azumu - Gambar Fail

Majoriti netizen mengecam tindakan pengurusan SNBJ selepas pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terpaksa meminjamkan kanvas bagi menutup padang.

Rata-rata warga maya hairan, mengapa stadium ternama yang berada di bawah pengurusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu terlalu ‘miskin’ atau tidak mempunyai sumber kewangan bagi memastikan padang stadium berada dalam keadaan ‘sihat’.

Mengulas kecaman netizen kononnya  KBS tidak mempunyai sumber kewangan membeli kanvas, Ahmad Faizal berkata, seharusnya perkara itu tidak dijadikan isu berikutan semua pihak mengetahui kualiti padang serta fasiliti Stadium Nasional Bukit Jalil yang memerlukan tindakan segera.

Menurut beliau, stadium tersebut ketika ini masih ditutup bagi kerja baikpulih namun digunakan buat sementara bagi aksi final Piala FA membabitkan Terengganu FC (TFC) menentang JDT, semalam.

Stadium Nasional Bukit Jalil ketika ini masih ditutup bagi kerja baikpulih namun digunakan buat sementara bagi aksi final Piala FA membabitkan Terengganu FC (TFC) menentang JDT, semalam - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Stadium Nasional Bukit Jalil ketika ini masih ditutup bagi kerja baikpulih namun digunakan buat sementara bagi aksi final Piala FA membabitkan Terengganu FC (TFC) menentang JDT, semalam - Gambar oleh Abdul Razak Latif

“Kita (KBS) dah menutup stadium bagi kerja membaik pulih namun Liga Bola Sepak (MFL) merayu untuk dibuka (bagi perlawanan akhir Piala FA).

“Jadi, memikirkan kepentingan bola sepak negara, kita (KBS) membenarkan,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Faizal menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya telah menutup SNBJ bermula 15 Jun lalu bagi kerja baikpulih.

Beliau berkata, pada awalnya pihaknya merancang menutup stadium berkenaan pada penghujung Mac 2023.

Namun katanya, atas keperluan mendesak, proses baikpulih harus dipercepat dan tidak boleh ditangguhkan lagi. - Getaran, 11 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini