web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tayangan Aksi Malaysia -Thailand Di 14 Skrin Besar - Hannah

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 8:00AM

Hannah Yeoh - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyokong bola sepak tanah air yang tidak dapat membeli tiket bagi aksi Harimau Malaya menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok, akan dapat menyaksikan tayangan perlawanan itu di 14 skrin besar yang disediakan di seluruh negara.

Antara lokasi skrin besar yang akan menayangkan aksi separuh akhir pertama Piala AFF itu termasuklah Dataran Merdeka di sini; Perbadanan Putrajaya, Presint 3 Putrajaya; Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di Negeri Sembilan; dan Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata kementerian berkenaan bersama Kementerian Perpaduan Negara, mengambil usaha itu bagi memastikan rakyat menikmati aksi tersebut.

“Semoga sokongan padu ini akan membawa Harimau Malaya ke peringkat akhir,” katanya menerusi ciapan terbaharu di akaun Twitter beliau.

Malaysia mara ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan B dengan sembilan mata, selepas menewaskan Singapura 4-1 pada Selasa, dengan Vietnam muncul selakujuara kumpulan.

Selepas separuh akhir pertama di Bukit Jalil, skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Thailand untuk aksi timbal balik di Stadium Thammasat, Pathum Thani yang terletak di utara Bangkok, pada 10 Jan.

Sekiranya berjaya menjinakkan pasukan Thailand yang merangkul enam gelaran Piala AFF, skuad Harimau Malaya akan bertemu pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Vietnam dan Indonesia di pentas final pada 13 dan 16 Jan ini.

Kesemua 59,000 tiket bagi aksi esok telah habis dijual secara dalam talian dalam tempoh kurang 24 jam. - Bernama

Senarai 14 lokasi tayangan besar:

1. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

2. Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya

3. Kompleks Belia & Sukan Batu Uban, Pulau Pinang

4. Meow Garden, Ulu Kinta, Perak

5. Laman MBPJ, Petaling Jaya, Selangor

6. Dataran Kemerdekaan, Shah Alam

7. Perkarangan Majlis Perbandaran Sepang

8. Dataran Stadium Kajang

9. Dataran Tanah Lesen, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam

10. Kompleks Belia & Sukan Paroi, Negeri Sembilan

11. Restoran Al Marjan MITC, Ayer Keroh, Melaka

12. Dewan Bandaraya Kuantan, Pahang

13. Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak

14. Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 3 bulan yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

4

Sukan 4 bulan yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia