web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Harumkan Nama Malaysia, Faiz Ungguli Kejohanan Bina Badan Asia 2023

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2023 9:08PM

Ahmad Faiz Ariffin - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Atlet bina badan negara, Ahmad Faiz Ariffin berjaya menguasai tempat pertama, sekali gus mengharumkan nama Malaysia pada Kejohanan Bina Badan Asia 2023 yang berlangsung di Kathmandu, Nepal. 

Melalui hantaran di Instagram, Faiz, 30, melahirkan rasa syukur dan gembira atas kemenangan itu.

"Alhamdulillah, akhirnya kita berjaya. Saya berbangga dinobatkan sebagai johan untuk Kejohanan Bina Badan Asia 2023. 

"Saya mewakili Malaysia dengan membawa maruah negara, azam dan juga ketekunan. Ini merupakan satu perjalanan yang luar biasa buat saya,” katanya.

Menerusi hantaran sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat atas kepercayaan diberikan dan kesudian mereka untuk bersama, sepanjang merintis perjalanan bergelar juara.

"Kejayaan ini adalah kejayaan kita semua," katanya.

Hantaran berkenaan setakat jam 9 malam tadi menerima 5,029 tanda suka dan 333 komen oleh pengikut yang tidak mahu ketinggalan mengucapkan tahniah.

Antara yang dilihat tidak ketinggalan meninggalkan komen ialah The Singing Chef, Datuk Fazley Yaakob.

"Perjalanan yang hebat! Dengan kuasa kebesaran Allah swt, dan berkat doa ibu dan sokongan isteri, tahniah!," katanya.

Faiz, anak jati Kuala Lumpur itu berada di Nepal sejak 1 September lalu.

Beliau sebelum ini pernah menjuarai Kejohanan Sukan Fizik Lelaki peringkat Asia pada 2019 dan bergelar Naib Johan dalam kejohanan peringkat dunia. - Getaran, 6 September 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 10 bulan yang lalu

KWSP, PERKESO Untuk Atlet: ‘Sudah Bertahun Kami Minta, Terima Kasih Banyak-Banyak YB’ 

2

Sukan 11 bulan yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

3

Semasa 11 bulan yang lalu

PKR Bantah Keputusan Kerajaan Terengganu Larang Atlet Wanita Sertai Gimnastik 

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Asmawi Zolkifli, Anak Melayu Pertama Kuasai Kedudukan 'Top 10' Europa Championship Pro

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 13 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global