web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Serangan Israel: Palestin Sah Tarik Diri Daripada Pestabola Merdeka 2023

Sukan Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2023 2:26PM

Pasukan bola sepak Palestin sah menarik diri daripada menyertai Pestabola Merdeka 2023.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Palestin mengesahkan menarik diri daripada Pestabola Merdeka 2023, susulan pertempuran bersama Israel ketika ini.

Jurucakap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, format pertandingan bagaimanapun akan dikekalkan meskipun hanya melibatkan tiga pasukan  iaitu Malaysia, India dan Tajikistan.

Menurut beliau, Palestin jika mengikut jadual asal sepatutnya bertemu Tajikistan (4.30 petang) manakala Malaysia berdepan India (9 malam) pada Jumaat, 13 Oktober.

“Dua pasukan yang tewas akan merebut tempat ketiga (4.30 petang) manakala dua pasukan yang menang akan ke Final (9 malam) pada Selasa, 17 Oktober.

“Kesemua empat perlawanan tersebut  akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil,” katanya.

Jelas jurucakap itu, situasi terbaharu menyaksikan Malaysia akan bertemu India pada Jumaat, 13 Oktober (9 malam) di Stadium Nasional.

 “Tajikistan kini mendapat 'bye' dan akan terus layak ke Final pada Selasa, 17 Oktober 2023 (9.00 malam) di Stadium Nasional untuk bertemu pemenang perlawanan Malaysia dan India.

“Ini bermakna, hanya satu perlawanan akan berlangsung pada Jumaat, 13 Oktober dan satu perlawanan pada Selasa, 17 Oktober iaitu tiada perlawanan penentuan tempat ketiga pada hari tersebut,” katanya.

Beliau memberitahu, perubahan format tersebut adalah solusi terbaik yang telah dicapai pada mesyuarat khas di antara FAM selaku penganjur Pestabola Merdeka 2023 bersama pengurusan pasukan India dan Tajikistan pagi tadi, selepas mengambil kira kekangan masa berikutan penarikan diri pasukan Palestin.

‘Untuk bersikap adil kepada kira-kira 25,000 penyokong yang telah pun membeli tiket bagi menyaksikan kedua-dua hari perlawanan pada 13 dan 17 Oktober itu, FAM mengambil keputusan untuk mengekalkan harga tiket berkenaan (bagi semua kategori) biarpun kini membabitkan hanya satu perlawanan pada setiap Hari Perlawanan tersebut,” katanya.

Tiket-tiket masih boleh dibeli di https://bit.ly/tiketpestabola dan penjualan tiket hanya secara dalam talian iaitu tiada penjualan tiket secara fizikal di stadium pada hari perlawanan nanti.  -  Getaran, 10 Oktober 2023

Pemakluman mengenai pasukan Palestin menarik diri daripada menyertai Pestabola Merdeka 2023, susulan pertempuran bersama Israel ketika ini. - gambar - FAM
Pemakluman mengenai pasukan Palestin menarik diri daripada menyertai Pestabola Merdeka 2023, susulan pertempuran bersama Israel ketika ini. - gambar - FAM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global