web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Solari, 6 Pemain Tinggalkan JDT

Sukan Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2023 8:08PM

gambar FB Johor Southern Tigers

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Ketua jurulatih Esteban Solari dan enam pemain antara yang akan meninggalkan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai langkah penstrukturan semula kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab itu.

JDT menerusi hantaran di Facebook Johor Southern Tigers hari ini memaklumkan barisan kejurulatihan lain yang akan meninggalkan kelab itu adalah Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr Leandro Pinero.

Sementara pemain yang akan meninggalkan skuad Harimau Selatan selepas lama berkhidmat adalah Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Sebastian Velazquez dan Diogo Luis Santo.

“Harimau Selatan sedang melakukan transformasi yang memperlihatkan kelab mengurangkan perbelanjaan sehingga 30 hingga 40 peratus disebabkan keperluan untuk penstrukturan semula kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab.

"Kelab telah membelanjakan sejumlah wang untuk projek bola sepak sepanjang enam hingga tujuh tahun ini," menurut hantaran itu hari ini.

Menurut hantaran tersebut, lima pemain turut dipinjamkan keluar iaitu Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Muhammad Haziq Nadzli.

JDT mencipta sejarah apabila menjuarai Liga Super 10 musim berturut-turut sejak 2014. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 hari yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

4

Sukan 1 minggu yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan

Semasa 14 jam yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM