web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


AFC2023: Penalti 2 - 1 Bantu Iran Kecewakan Jepun Untuk Ke Separuh Akhir

Sukan Dikemaskini 8 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Feb 2024 8:17AM

Kemenangan Iran membolehkan Team Melli bimbingan Ardeshir Ghalehnoy, terus memasang impian untuk merangkul gelaran keempat - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AL RAYYAN (QATAR) - Jaringan ketua pasukan Alireza Jahanbakhsh menerusi penalti pada lewat masa permainan, memastikan Iran layak ke separuh akhir Piala Asia 2023 dengan menewaskan Jepun 2-1 pada aksi suku akhir di Stadium Education City di sini, semalam.

Keputusan itu membolehkan Team Melli bimbingan Ardeshir Ghalehnoy, terus memasang impian untuk merangkul gelaran keempat mereka, sekali gus meranapkan impian Samurai Biru yang tampil pada kejohanan kali ini dengan rekod cemerlang, dalam misi mengintai gelaran kelima.

Kemenangan itu juga menyaksikan dendam Iran terhadap Jepun terbalas, selepas diaibkan 0-3 pada peringkat separuh akhir edisi 2019 di Emiriah Arab Bersatu (VAE).

Pada pertembungan semalam, Iran bermain tanpa penjaring terbanyak pasukan pada kempen kali ini, Mehdi Taremi (tiga gol) yang digantung perlawanan, susulan mengutip kad merah pada aksi pusingan 16 terbaik menentang Syria.

Gambar BERNAMA
Gambar BERNAMA

Situasi itu tidak merencatkan rentak Iran apabila tetap bernasil menembusi benteng pertahanan skuad kendalian Hajime Moriyasu, untuk mencipta beberapa percubaan berbahaya sepanjang permainan menerusi gandingan Sardar Azmoun dan Mohammad Mohebbi, yang mengepalai jentera serangan pasukan.

Namun, Jepun terlebih dahulu di depan pada minit ke-28, selepas Hidemasa Morita membuat larian solo dan memperdaya tiga pemain pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan leret dari jarak dekat, menyaksikan bola terkena kaki penjaga gol Alireza Safar Beiranvand dan terbias masuk ke gawang Iran.

Saman Ghoddos yang menerima hantaran Shoja Khalilzadeh, mensia-siakan peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan buat Iran, selepas rembatannya dari sebelah kiri sedikit tersasar di kanan gawang pada minit ke-39.

Selepas kedudukan memihak Jepun pada separuh masa pertama, Iran menggandakan tempo permainan memasuki babak kedua dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi Mohebbi yang memanfaatkan lorongan cantik Azmoun sebelum melepaskan rembatan kencang pada minit ke-55.

Gambar BERNAMA
Gambar BERNAMA

Azmoun kemudian kempunan untuk meletakkan Iran di depan, selepas jaringannya pada minit ke-63 dibatalkan kerana ofsaid, sebelum Mohebbi turut kecewa apabila tandukannya empat minit kemudian sedikit tersasar di kiri gawang.

Azmoun yang merupakan penyerang AS Roma, sekali lagi buntu menemui sentuhan jaringan apabila tandukannya selepas menerima hantaran Milad Mohammadi, sedikit tersasar ke kiri gawang pada minit ke-72.

Serangan bertali arus Iran, akhirnya membuahkan hasil di penghujung perlawanan apabila dihadiahkan penalti, selepas Kou Itakura yang gagal mengeluarkan bola dalam kawasan bahaya menjatuhkan Hossein Kanani yang berlari dari arah belakangnya.

Penalti itu disempurnakan dengan yakin dan tenang oleh Jahanbakhsh pada minit 90+6 sekali gus mengesahkan kejayaan Iran ke pentas separuh akhir, dan menyingkirkan Jepun yang juga juara empat kali.

Pada aksi separuh akhir yang dijadual berlangsung di Stadium Al Thumama, Doha, Rabu depan, Iran yang muncul juara pada 1968, 1972 dan 1976, akan bertemu tuan rumah Qatar. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Tehran Adakan Pengebumian Besar-Besaran Untuk Presiden Raisi Dan Mangsa Nahas Helikopter

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Bulan Sabit Merah Iran Sahkan Penemuan Helikopter Presiden Raisi Yang Terhempas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia