web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mohammad Rifdean Idam Kontrak One Championship, Tali Pinggang

Sukan Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2024 8:27AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Selepas penampilan menakjubkan di ONE Championship pada Jumaat lalu, jaguh Muay Thai negara, Mohammad Rifdean Masdor menyasarkan untuk mendapatkan kontrak berprestij kejohanan itu bernilai AS$100,000 dan tali pinggang kejuaraan.

Atlet berusia 21 tahun dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan Technical Knockout (TKO) dalam pertarungan ONE Friday Fights 56 di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, Thailand.

Atlet Malaysia yang mewakili Sor Sommai berpangkalan di Bangkok itu turut membawa pulang bonus 350,000 (RM45,600).

"Saya sangat gembira dengan penampilan sulung di ONE Championship. Saya berasa lega. Kemenangan ini pasti akan meningkatkan keyakinan saya dalam pertarungan akan datang," katanya kepada BERNAMA.

Rifdean yang dinobatkan juara dunia dalam kategori bawah 23 tahun sebanyak tiga kali itu menetapkan matlamat untuk mendapatkan kontrak ONE Championsip bernilai AS$100,000 pada tahun ini.

Sementara itu, Mohammad Rifdean berkata, beliau menggandakan latihan selama dua bulan di Sor Sommai sebelum penampilan sulungnya itu.

"Saya telah lakukan yang terbaik dan mengikuti rancangan permainan oleh jurulatih Bernard Radin dan menang," katanya.

Sementara itu, jurulatihnya Bernard Radin berkata, Mohammad Rifdean telah mempamerkan kemahiran dan keazaman tinggi dalam penampilan sulungnya dengan memenuhi pelan permainan mereka untuk kemenangan TKO pada pusingan pertama.

"Saya yakin Rifdean boleh dapat bukan sahaja kontrak ONE Championship tapi juga tali pinggang ONE Championship...saya yakin tidak lama lagi," katanya.

Bernard berkata, anak didiknya itu perlu memperoleh tiga kemenangan berturut-turut dalam ONE Championship bagi membolehkannya mendapatkan kontrak itu.

Ditanya mengenai kelewatan penyertaan Mohamad Rifdean dalam ONE Championship, Bernard berkata: "Kami telah melakukan yang terbaik, bagaimanapun tiada rezeki".

"Tapi kini, kami di sini untuk berjuang. Adalah impian Rifdean untuk memulakan ini. Saya beritahu Rifdean inilah saatnya yang kita tunggu. Tunjukkan kepada dunia siapa kamu," katanya. -BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Syabas Johan, Raih TKO Dalam Masa 36 Saat

2

TARA 1 tahun yang lalu

Ketangkasan Sukan Tempur Muay Thai Menaikkan Minat Generasi Muda

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Filem 'Siku 12 : Langkah Derhaka' Papar Rahsia Seni Mempertahankan Diri Dari Utara

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Pesanan Bapa Jadi Azimat Ahmad Nor Rangkul Emas Muay Thai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah