web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Gaji Tertunggak: KDA FC Hormati Pendirian Sanusi 

Sukan Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2024 5:36PM

Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar (kanan) bersama CEO KDA FC, Shahrul Samsudin bersama jersi pra musim 2024-2025 KDA FC musim ini. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menghormati pendirian Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor susulan kenyataannya enggan menggunakan wang kerajaan negeri bagi melunaskan gaji pemain yang tertunggak. 

Pemiliknya, Tan Sri Mohd Dr Mohd Daud Bakar berkata, pihaknya dalam masa sama menghargai segala bentuk bantuan dan sokongan diberikan Muhammad Sanusi serta kerajaan negeri selama ini. 

Bagaimanapun, katanya, pihaknya yakin bahawa kerajaan negeri dan agensi kerajaan lain akan mencari peluang bagi membantu pembangunan bola sepak di Kedah, termasuk KDA FC yang dianggap sebagai 'tiang' utama bola sepak negeri. 

"Namun, sebagai sebuah kelab yang diswastakan sepenuhnya sejak Ogos 2022, kestabilan serta keutuhan kewangan adalah amat penting dan mencabar. KDA FC amat memerlukan sumber dana kewangan yang kukuh, stabil dan terjamin. 

"KDA FC menghormati keputusan kerajaan negeri dan memahami bahawa segala tanggungjawab serta liabiliti kewangan tertanggung sepenuhnya oleh pemilik saham. 

"Justeru, KDA FC mengharapkan sokongan dan sumbangan pihak penaja, peminat serta penyokong untuk membina semula pasukan yang sedang tenggelam," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat KDA FC, hari ini.  

Sebelum ini, KDA FC dikenakan hukuman pemotongan tiga mata bagi Liga Super musim 2024-2025 serta denda RM50,000 oleh badan bebas, First Instance Body (FIB) berikutan kegagalan kelab berkenaan membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi 2023.

Namun, ia tidak bermaksud bahawa kelab itu telah 'dibebaskan' kerana mereka perlu membuat pembayaran penuh tunggakan tersebut sebelum 5 petang, 20 April ini atau lesen kebangsaan akan ditarik, sekali gus menyebabkan KDA FC tidak layak beraksi dalam saingan Liga Super 2024-2025. 

Mengulas perkara itu, Muhammad Sanusi kemudiannya terus mengulangi pendirian bahawa duit kerajaan negeri tidak akan digunakan bagi membiayai gaji pemain bola sepak serta masalah membelenggu KDA FC yang sudah diswastakan. 

Menteri Besar itu juga mendakwa, sejak KDA FC ditubuhkan, kelab itu telah menerima bantuan sebanyak RM16 juta yang disalurkan melalui Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang mana beliau adalah Presidennya.

Dalam pada itu, Mohd Daud mendakwa, pihaknya sudah mencapai peringkat akhir penyelesaian tunggakan kewangan 2023 ketika ini. 

Katanya, setakat jam 3 petang tadi, KDA FC berjaya mengumpul dana sebanyak 90 peratus bagi tujuan melunaskan baki 50 peratus hutang gaji yang tertunggak sebelum ini. 

"Di kesempatan ini, kami dengan rendah diri memohon bantuan peminat, penyokong dan sesiapa saja yang memiliki kesungguhan dalam bola sepak untuk membantu melengkapkan jumlah kewangan diperlukan sebelum 20 April melalui skim yang akan ditawarkan dalam masa terdekat seperti penjualan pas bermusim, kad keahlian, jersi pra musim dan pelbagai produk mahu pun perkhidmatan ditawarkan.  

"Alhamdulillah, itu satu berita baik tetapi kita masih belum keluar dari 'hutan' dan masih berjuang. Insya-Allah dalam sehari dua lagi kita akan lengkapkan segala hutang tertunggak dan kami yakin serta optimis semua itu akan dapat dilunaskan sebelum 20 April seperti ditetapkan FIB," katanya. 

Mohd Daud turut mengesahkan bahawa KDA FC hanya akan menggunakan khidmat lima pemain import berbanding enam yang dibenarkan untuk berada di atas padang.

"Kita akan gunakan lima pemain import saja tanpa dan tidak mengisi kuota ASEAN seperti yang dibenarkan. Tengoklah nanti keadaannya macam mana dan kita akan pertimbangkan semula menjelang jendela perpindahan kedua nanti, bergantung kepada keperluan," katanya. 

Beliau pada masa sama turut menafikan spekulasi menyatakan pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi akan ke Kedah untuk musim 2024-2025. 

"Jumlah pemain kita sudah lengkap," katanya. - Getaran, 16 April 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

2

Sukan 4 bulan yang lalu

Aksi Pramusim Dalam Negara Turut Beri Kelebihan - Nafuzi 

3

Sukan 5 bulan yang lalu

KDA FC Langsai Keseluruhan Tunggakan Gaji Pemain, Pegawai

4

Semasa 5 bulan yang lalu

AGC Tolak Representasi Rizal Ghazali Batal 2 Pertuduhan, Bicara 1 Julai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang