web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Sokong Tarik Diri, Kecewa MFL Enggan Tangguh Perlawanan

Sukan Dikemaskini 4 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 May 2024 9:02AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kecewa atas keengganan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menangguhkan perlawanan Piala Sumbangsih 2024, esok.

Serentak dengan itu, baginda yang juga Penaung Selangor FC memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan terbabit untuk tidak menghadiri perlawanan terbabit.

Titah baginda, keputusan diambil Selangor FC bertepatan dengan suasana, susulan berlakunya beberapa insiden mengancam nyawa yang melibatkan pemain dan pegawai baru-baru ini.

“Keutamaan ketika ini adalah nyawa serta keselamatan para pemain, dan bukannya untuk memenangi piala berkenaan,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah, keadaan moral pasukan juga masih terganggu dan terkesan dengan serangan asid  ke atas pemain sayap, Faisal Halim.

“Beta turut menyokong solidariti untuk membanteras keganasan sukan dalam apa jua bentuk.

“Beta mahu semua pihak memahami bahawa tahap keseriusan insiden yang melibatkan nyawa pemain sebegini adalah tidak sama dengan kes-kes sebelum ini, apatah lagi ia berlaku sangat hampir dengan tarikh perlawanan,” titah baginda.

Tegas Sultan Sharafuddin, Selangor FC sedia berdepan dengan apa jua tindakan, susulan daripada keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan ini.

Selangor FC dijadualkan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri esok, yang juga merupakan aksi pertama Liga Super edisi 2024.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards meluahkan rasa kecewa dengan keputusan diambil Selangor FC.

Katanya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar telah memberi jaminan bahawa keselamatan pasukan, pemain dan penyokong merupakan keutamaan dan pihak polis akan menggandakan kehadiran dengan 1,500 anggota.

Menurut beliau, JDT mengutuk keras insiden yang melibatkan Faisal dan juga ancaman yang diterima oleh beberapa individu di Selangor FC.

“Tetapi kami berharap agar Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini kerana ianya boleh menetapkan 'precedent' untuk mana-mana pasukan menarik diri kerana berasakan tidak selamat meskipun mendapat jaminan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

“Kami pernah diserang dalam keadaan yang hostile di Pahang, Perak dan Kelantan sebelum ini tetapi kami masih ke gelanggang lawan dan bermain dalam perlawanan yang dikawal ketat pihak polis. Selangor tidak pernah diserang di Stadium Sultan Ibrahim. Malahan pasukan dan penyokong mereka dikawal oleh polis ke dalam stadium dan sehingga ke bas dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini,” katanya.

Jelas Alistair, kepercayaan harus diberikan kepada pihak berkuasa meskipun kejadian yang menimpa Faisal, Akhyar Rashid dan Safiq Rahim membimbangkan.

“Kita perlu meletakkan kepercayaan kepada pihak berkuasa bukan hanya untuk menyiasat kes-kes ini tetapi juga untuk menjaga keselamatan dan memastikan musim bola sepak 2024-25 berjalan lancar,” katanya. 

Semalam, MFL menerusi kenyataan memaklumkan, semua perlawanan Liga Malaysia yang dijadualkan berlangsung minggu ini akan diteruskan dengan jaminan keselamatan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, turut diteruskan ialah Perlawanan Sumbangsih antara juara Liga Super 2023, JDT dan naib juara Selangor FC, yang dijadualkan esok. - Getaran, 9 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

2

Sukan 10 bulan yang lalu

Harimau Malaya Cipta Kemenangan Dramatik Atas Kyrgyzstan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Sumbangsih: JDT Mudah Atasi Kl City FC 3-0

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Peluang Sarawak United Ke Liga Super Semakin Cerah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 4 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula