web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rifdean Sasar Pingat Pada Kejohanan Kickboxing Dunia di Itali

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Jul 2021 8:52AM

Mohamad Rifdean (kanan) dan Bernard sedang memotong daging pada Majlis Qurban Muay Thai, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jaguh Muay Thai Negara, Mohamad Rifdean Masdor mensasarkan sekurang-kurangnya untuk membawa pulang sebutir pingat pada Kejohanan Kickboxing Dunia di Itali yang dijangka berlangsung Oktober ini.

Ini adalah kali pertama beliau menyertai acara seumpama itu, berbanding Muay Thai yang lebih sinonim dengan dirinya, hingga bergelar juara di Kejohanan Muay Thai Dunia dan membawa pulang pingat emas pada Sukan SEA lalu.

Menurut Mohamad Rifdean, COVID-19 sedikit sebanyak merencatkan segala persiapan, namun beliau sentiasa fokus dalam memastikan staminanya berada pada tahap terbaik dengan dipantau jurulatih, Bernard Radin.

“Saya akan membuat latihan secara sendiri setiap hari dengan melakukan lompat tali, jogging dan beberapa latihan lain diberikan jurulatih untuk memastikan stamina saya sentiasa terbaik.

“Namun disebabkan sukan bersentuhan tidak dibenarkan, saya tidak melakukan ‘sparring’ dengan lawan lain dan ini menyebabkan saya sukar mengetahui tahap kekuatan dimiliki ketika ini,” katanya ketika ditemui Getaran pada Program Qurban Muay Thai Perak 2021.

Ditanya mengenai sambutan Aidiladha, Mohamad Rifdean berkata, sambutan kali ini hanya bersama bersama jurulatih dan rakan sepelatih kerana tidak dapat pulang menyambutnya bersama keluarga di Sarawak.

Katanya, perasaan rindu kepada ayah dan ibunya sangat mendalam, namun ia terpaksa dikorbankan demi kerjaya, dan berjanji untuk terus mengharumkan nama negara dalam sukan tempur tersebut.

Dalam pada itu, Bernard berkata, COVID -19 juga menganggu emosi atlet kerana berlaku perubahan tarikh kejohanan sehingga menyukarkan mereka untuk membuat persiapan.

Menurutnya yang dipertanggungjawabkan untuk melatih Mohamad Rifdean, selain Kejohanan Kick Boxing Dunia pada Oktober, terdapat satu lagi Kejohanan Dunia Muay Thai yang dijangka berlangsung Disember nanti.

Katanya, dia tidak meletak sasaran terlalu tinggi pada kejohanan itu, memandangkan ia adalah acara baharu untuk Mohamad Rifdean namun mengharapkan anak didiknya itu mampu memberikan persembahan terbaik. - Getaran, 22 Julai 2021 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi