web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dari Kantin Ke Saudagar Emas, Suka Duka Keluarga Habib

Bermula secara sederhana di Jalan Masjid Kapitan Keling, bagaimana Datuk Seri Meer Habib meneruskan legasi emas bapanya, Haji Habib sehingga terkenal di seluruh Malaysia.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 9:06AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di sebalik kejayaan yang terlakar hari ini, terdapat banyak kisah suka-duka dan jatuh bangun syarikat emas terkenal yang satu ini.

Sejarah Habib bermula pada 1958 apabila pengasasnya iaitu Datuk Habib Mohamed Abdul Latif membuka sebuah kedai emas kecil di Jalan Masjid Kapitan Keling. 

Kawasan ini sememangnya terkenal dengan deretan kedai barangan kemas dan emas yang menjadi tumpuan orang ramai sehingga digelar Jewellers’ Corner.

Butik Pameran Habib di Pitt Street, Pulau Pinang
Butik Pameran Habib di Pitt Street, Pulau Pinang

Berikutan keadaan selepas Perang Dunia Kedua begitu mencabar, Habib memulakan kerjayanya dengan bekerja di kantin Pejabat Pos Jalan Masjid Kapitan Keling. Melalui pemerhatiannya, kawasan itu dipenuhi dengan saudagar emas dan barangan kemas.

Setiap kali pelanggan mereka melangkah keluar, pastinya diiringi dengan senyuman gembira. Saat itu, Haji Habib menyedari orang ramai tidak membeli barangan kemas semata-mata, tetapi mereka membeli ‘kegembiraan’ untuk meraikan sesuatu yang bermakna bagi mereka.

Perkara ini telah mendorong beliau untuk membuka kedai emas dan menghasilkan barangan kemasnya sendiri. Menariknya, sementara peniaga lain hanya sekadar menjual emas, Haji Habib tampil dengan kelainan dengan turut menjual berlian, intan dan permata. 

Pengasas, Datuk Haji Habib bersama anaknya, Datuk Seri Meer Habib, Pengerusi Habib
Pengasas, Datuk Haji Habib bersama anaknya, Datuk Seri Meer Habib, Pengerusi Habib

Masa berganti masa, Datuk Seri Meer Habib, satu-satunya anak lelakinya turut mewarisi minat yang sama. 

Sewaktu kecil, dia amat teruja setiap kali melihat bapanya membuka peti besi dan sentiasa kagum dengan kilau-kemilau pelbagai warna berlian dan batu permata.

Ia menyuntik semangatnya untuk belajar tentang ilmu emas permata dengan lebih mendalam dan berazam untuk membantu menguruskan perniagaan bapanya. 

Kini, dialah yang memainkan peranan dalam menjadikan jenama ini dikenali oleh semua rakyat Malaysia. 

Meskipun mempunyai permintaan yang begitu tinggi, Meer Habib melihat pasaran emas dan berlian untuk masyarakat Melayu adalah terhad. Pelanggan Melayu lebih cenderung memilih rekaan rantai labuh, kerongsang berkerawang dan butang baju Melayu yang tiada di pasaran ketika itu. 

Menyedari peluang ini, Meer Habib mengarahkan untuk mengeluarkan pelbagai koleksi berlian dan batu permata yang menyantun selera golongan majoriti di negara ini. Ia secara tidak langsung menjadi tumpuan bukan hanya peminat emas, malah peminat berlian dan batu permata. 

Butik Pameran Habib di Semua House
Butik Pameran Habib di Semua House

Situasi ini mendorong kepada pembukaan butik pameran pertama Habib di Semua House, Kuala Lumpur pada 1986. Meer Habib menukar haluan Habib untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih peribadi dan dekat dengan pelanggan. 

Butik pameran ini direka dengan konsep yang lebih mesra pelanggan kerana tidak menggunakan dinding pemisah berjeriji logam seperti kebanyakan kedai emas konvensional lain. Ia dirancang agar para pelanggan merasakan pengalaman membeli emas dengan lebih selesa. 

Meer Habib juga mempercayai kuasa pemasaran. Ia satu pelaburan yang mesti dilakukan oleh sesebuah syarikat untuk kekal relevan. 

Pada masa itu, Habib adalah jenama emas pertama yang bersiaran secara langsung di radio, televisyen dan menghiasi papan iklan gergasi di sepanjang lebuh raya.

Sejarah tercipta lagi apabila Habib menjadi jenama barangan kemas pertama yang tersenarai di Bursa Malaysia sebelum kembali diswastakan pada 2005. Fleksibiliti adalah satu sifat yang sangat dititikberatkan oleh Meer Habib. 

Habib tersenarai di Bursa Malaysia pada 2005
Habib tersenarai di Bursa Malaysia pada 2005

Menyanjung tinggi slogan ‘Hadiah Kebahagiaan’, pada hari ini Habib diterajui oleh Meer Habib sendiri selaku Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib bersama isterinya, Datin Seri Zarida Noordin selaku Pengarah Eksekutif Kumpulan Habib.

Sepanjang pandemik COVID-19, siapa sangka anda boleh membeli barangan kemas melalui kaedah digital dengan selamat serta penghantaran pantas. 

Habib kini rancak melebarkan sayap perniagaannya melalui platform dalam talian di habibjewels.com

Setelah 63 tahun bertapak, 30 butik pameran dan mempunyai lebih 1,300 pekerja di seluruh negara, Habib masih lagi kekal ikonik dan memberi inspirasi. 

Meer Habib berjaya mengekalkan legasi empayar emas bapanya sebagai barangan kemas pilihan rakyat Malaysia. - Getaran, 16 Oktober 2021

Semua gambar: Habib Jewels

Isu Pada

Dynas Tiada Gentar

16 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 10 bulan yang lalu

Cherry Yeo Memukau Di Mallorca, Rangkul 3 Emas, 1 Gangsa

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Mohd Qabil Pahat Sejarah, Hadiahkan Emas Sulung Malaysia Dalam Ekuestrian

3

Gaya 1 tahun yang lalu

Pelaburan Emas : 5 Tip Untuk Memulakan Pelaburan Berkilau Anda!

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia Singkap Sejarah Perfileman Negara

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara