web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengaruh Tradisional Busana Pengantin Melayu

Hatta Dolmat melancarkan Dian by Hatta Dolmat, koleksi busana pengantin untuk tahun 2022.

TARA · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 1:54PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dian by Hatta Dolmat dilancarkan dengan jayanya secara eksklusif di acara berprestij, The Wedding KL 2022 yang berlangsung megah di Shangri-La Kuala Lumpur.

Koleksi busana pengantin untuk tahun 2022 ini tidak hanya menyentuh aspek tradisional, malah turut disulam dengan gaya kontemporari yang sesuai dipakai untuk sebarang majlis.

Koleksi istimewa ini merupakan peluang Hatta Dolmat untuk meneroka sesuatu yang baharu iaitu cara-cara mengubah suai tunjang busana tradisional seperti baju kurung dan baju Melayu.

Bergema-gema semasa pelancaran, pereka fesyen, Hatta Dolmat berkata, “Ini adalah koleksi busana pengantin tradisional pertama saya. 

“Terdapat potongan yang sesuai untuk upacara akad nikah dan resepsi perkahwinan, malah ada juga yang sesuai untuk dipakai semasa menyambut Hari Raya atau mengunjungi rumah terbuka.

“Ia busana tradisional yang mudah untuk pergi ke mana-mana, dari siang hari ke malam hari,” jelas Hatta.

Lebih dua puluh pasang busana tradisionalnya itu dipersembahkan secara gah di pentas The Wedding KL pada 17 Februari lalu, merangkumi idea-idea fesyen kegemaran Hatta.

Dia menyuntik sentuhan moden untuk reka bentuk klasik koleksinya itu dengan penambahan menarik pada potongan pesak tradisional.

Hatta turut mempersembahkan palet rona pastel seperti hijau pudina, coklat tanah dan merah jambu yang jarang digunakan untuk acara pernikahan Melayu.

Warna-warna langka ini bergema dalam keghairahan sinar batu permata yang tampak elegan dan feminin.

“Saya mahu mendidik masyarakat Melayu kita untuk berbangga memakai pakaian tradisional mereka secara berbeza.

“Namun tetap mahu memberi mereka peluang untuk memiliki rekaan asli Hatta Dolmat pada harga mampu milik,” jelas Hatta.

Menurut Bahasa Melayu lama, Dian membawa maksud ‘lampu’. Hatta secara simboliknya mahu ‘menyalakan’ pengaruh tradisional dalam dunia fesyen kontemporari dan moden di Malaysia.

Layari Hatta Dolmat untuk melihat koleksi penuh dan maklumat lanjut. - Getaran, 26 Februari 2022

Semua gambar: Azim Rahman

Isu Pada

Mengulit Mimpi, Terapi Diri

26 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Karier 1 tahun yang lalu

Yusof Pertahan Industri Bot Tradisional

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Beri 25 Peratus Potongan Cukai Taksiran Bagi Rumah Mampu Milik Di KL

3

Budaya 1 tahun yang lalu

Pembuat Colok Tradisional Tidak Menang Tangan Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Orang Awam Sambut Baik Pelan Data Perpaduan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara