web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Beri 25 Peratus Potongan Cukai Taksiran Bagi Rumah Mampu Milik Di KL

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 9:10PM

Anwar Ibrahim berkata inisiatif berkenaan adalah bagi kategori rumah kediaman mampu milik yang telah siap selepas 2014 sehingga kini dan pengurangan 25 peratus itu adalah sehingga penilaian semula dilaksanakan - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk memberikan pengurangan cukai taksiran sebanyak 25 peratus bermula penggal kedua tahun 2023 (Julai hingga Disember 2023) kepada pemilik rumah mampu milik di Kuala Lumpur. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif berkenaan adalah bagi kategori rumah kediaman mampu milik yang telah siap selepas 2014 sehingga kini dan pengurangan 25 peratus itu adalah sehingga penilaian semula dilaksanakan. 

“Pengurangan cukai taksiran ini memberikan manfaat kepada 25,677 pemilik rumah mampu milik di Kuala Lumpur,” kata beliau pada Sesi Temu Mesra Perdana Menteri bersama pemilik rumah mampu milik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan perasmian Taman Tasik Metropolitan Kepong di sini hari ini. 

Sementara itu dalam kenyataan Perdana Menteri berkata kategori pemilik rumah mampu milik yang layak bagi inisiatif itu adalah projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan Residensi Wilayah di Kuala Lumpur.

“Inisiatif pengurangan cukai ini turut melibatkan pengurangan hasil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebanyak RM2.067 juta. 

Pengurangan cukai taksiran kediaman rumah mampu milik ini dapat mengurangkan beban kos sara hidup warga B40 dan M40 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” kata beliau.

Dalam pada itu Anwar menzahirkan harapan untuk melihat Kuala Lumpur dikenali sebagai bandar raya contoh yang prihatin dan menjaga nasib rakyat keseluruhannya. 

Beliau berkata bandar raya ini perlu peka dan adil kepada semua kategori rakyat bagi memastikan kesenjangan antara golongan paling kaya dan miskin tidak melebar. 

“Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu dikenali sebagai bandar raya contoh dengan kebersihannya, kepesatan pembangunan, mempercepat kelulusan, elak kerenah pentadbiran dan prihatin kepada nasib rakyat.

Kita pastikan rumah mewah disediakan supaya mereka yang mampu dan kaya boleh hidup tetapi kita juga kena pastikan rumah rakyat miskin dan rumah mampu milik turut disediakan barulah ada erti dan makna pembangunan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

2

Politik 8 bulan yang lalu

 10 Lagi Ahli Parlimen BERSATU Dijangka Sokong Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Jangan Sesekali Menipu, Enggan Bayar Cukai Kepada Negara - PM

4

Semasa 8 bulan yang lalu

PM Minta Sokongan Rakyat Bantu Bawa Perubahan Aspek Tatakelola, Cegah Rasuah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 45 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 10 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'