web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Minta Sokongan Rakyat Bantu Bawa Perubahan Aspek Tatakelola, Cegah Rasuah

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2024 8:00AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada perasmian Wacana Pemikiran Global 2024 bertemakan The Next 100 Years: Vision 2100 for Malaysia di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta sokongan rakyat untuk terus bersamanya dalam usaha kerajaan membawa perubahan bagi aspek tatakelola dan mencegah rasuah di negara ini.

Katanya, beliau sangat memerlukan dukungan penuh rakyat untuk memerangi perkara itu kerana beliau sedar bahawa isu berkenaan dibenci oleh beberapa pihak.

"Saya nak tekankan ada orang mengatakan bahawa kecurian berpuluh bilion ringgit ini, kalau mahu jadi perdana menteri, menteri kewangan, menteri-menteri - ukurannya apa kekayaan (mereka), dan ini dianggap (seolah-olah) biasa. Buat apa jadi perdana menteri kalau tak jadi kaya?

"Pandangan hambar, haprak ini mesti diperangi dan kita yang bertanggungjawab, ini bukan sahaja (melibatkan) orang politik (tetapi) seluruh sistem. Kita semua harus pikul tanggungjawab termasuk saya.

"Saya harap akan dapat (sokongan), kalau tidak ada sokongan dalam politik atau lain-lain, sekurang-kurangnya dalam isu tatakekola dan tuntutan ke arah perubahan, saya pohon dukungan penuh rakyat," katanya ketika berucap pada pelancaran Wacana Pemikir Global 2024 di Universiti Malaya, semalam.

Anwar berkata, berikutan isu rasuah dan tatakelola yang tidak baik, banyak perkara penting diketepikan, termasuk dalam menyalurkan peruntukan lebih besar kepada pendidikan, masalah 8,000 tandas sekolah yang perlu diperbaiki dan puluhan bilion 'dipunggah' oleh beberapa tokoh tertentu.

Disebabkan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan kini yang berteraskan konsep MADANI mementingkan pembangunan berasaskan manusiawi dan tidak hanya memikirkan soal 'gedung raksasa'.

"Sebab itu saya beritahu keutamaan kita sekarang dalam kerajaan MADANI, tidak (perlu) mercu tanda, tidak (perlu) gedung-gedung besar, itu kerja swasta yang lakukan.

"Dana kerajaan (adalah) untuk pembersihan, kemudahan asas, sekolah terbaik, gerai-gerai dan warung yang dimanfaatkan oleh majoriti rakyat yang (mesti) bersih dan indah.

"Itu pendekatan kita, jadi saya tak bersedia untuk bertolak ansur melaksanakan dasar itu untuk kebajikan rakyat terbanyak," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka