web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Orang Awam Sambut Baik Pelan Data Perpaduan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 7:11AM

Kerajaan akan memperkenalkan Pelan Data Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih pada separuh harga dan tiga kali ganda kelajuan yang dijangka berada di pasaran Februari tahun depan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan untuk memperkenalkan Pelan Data Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih mendapat sambutan baik daripada  orang ramai dan pujian kerana harga yang akan dikenakan nanti adalah rendah.  

Pengurus Jualan berusia 61 tahun Chai Yook Weng berkata Pelan Data Perpaduan itu akan banyak membantunya mengurangkan perbelanjaan bulanan kerana sekarang ini dia melanggan perkhidmatan internet prabayar yang memerlukan isian semula RM30 sebulan untuk membolehkan beliau membeli data tambahan internet. 

“Saya menanti-nanti untuk membeli pakej ini apabila dikeluarkan di pasaran dalam Februari tahun depan. Saya tidak perlu membayar RM30 setiap bulan hanya untuk memastikan akses data saya aktif,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Turut berkongsi sentimen sama, mekanik berusia 27 tahun Aaron Arvin yang menghargai lonjakan kelajuan internet pelan data itu daripada satu megabit sesaat (Mbps) kepada tiga Mbps.

“Untuk satu tawaran pada harga RM30 dengan data sebanyak 30 gigabit (GB) untuk selama enam bulan, tiga Mbps adalah di atas purata kelajuan internet untuk pelan data yang sama, jadi ini merupakan sesuatu yang positif kepada mereka yang tidak mampu mendapatkan pakej dengan harga yang tinggi,” katanya.

Seorang pengguna Twitter dengan nama Dollah Abd Rizal (@DolRizal) berpendapat Pelan Data Perpaduan itu merupakan satu langkah baik kementerian untuk menjaga kebajikan golongan B40.

“Itulah sepatutnya! Lihat kepada keperluan B40 dahulu. Mereka mungkin golongan yang paling menderita bila tiba waktu kemelesetan ekonomi nanti. Langkah yang baik, katanya dalam hantaran di Twitternya.

Terdahulu hari ini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kerajaan akan memperkenalkan Pelan Data Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih pada separuh harga dan tiga kali ganda kelajuan yang dijangka berada di pasaran Februari tahun depan.

Fahmi berkata pelaksanaan pelan data itu akan melibatkan lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, iatu CelcomDigi, Maxis, UMobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications.

Katanya, golongan yang disasarkan ialah belia berumur hingga 30 tahun, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran pasukan beruniform. - Bernama

TAG: Pelan Data Perpaduan, mampu milik, prabayar, internet 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

11.8 Juta Penduduk Guna Data Mudah Alih Bagi Akses Internet

2

Politik 1 tahun yang lalu

Kerajaan Janji Harga Internet Lebih Murah Menjelang September - Fahmi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Internet Lebih Murah Mudahkan Urusan Harian Rakyat

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ziarah Kasih' Jadi Program Tetap Dekati Rakyat - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 28 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang