web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Ziarah Kasih' Jadi Program Tetap Dekati Rakyat - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2023 3:04PM

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (dua, kiri) menyantuni Sawiah Adam (kanan) pada Program Ziarah Kasih di Kampung Bukit Badong, Bestari Jaya hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR -- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan menjadikan program Ziarah Kasih sebagai program tetap di bawah KKD bagi mendekati dan membantu rakyat yang memerlukan, di samping meneliti masalah internet yang dihadapi mereka. 

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata program itu akan turut melibatkan pelbagai pihak berkaitan, sekali gus memastikan bantuan yang disalurkan lebih menyeluruh.

“Kita lihat memang wajar program di bawah kementerian ini diteruskan sambil selesaikan isu internet, isu kebajikan juga akan diberi perhatian.

“Bila saya sendiri lihat keadaan, memang ada beberapa perkara yang perlu dipercepatkan. Insya-Allah, lepas ini di tempat lain pula,” katanya kepada pemberita selepas program Ziarah Kasih di dua buah rumah di Kampung Bukit Badong, Bestari Jaya dekat sini yang turut disertai calon Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, Amidi Abdul Manan.

Katanya, program yang sama akan diadakan di Sabah dan Sarawak, masing-masing pada 25 Ogos serta 2 September ini.

“Sekitar tempoh itu kita akan ambil kesempatan untuk ziarah wartawan (pengamal media) atau orang awam yang menghadapi isu kesihatan atau kebajikan, sambil teliti masalah internet yang mereka hadapi,” katanya.

Sementara itu, warga emas Sawiah Adam, 72, menyifatkan kehadiran Fahmi di kediamannya membuktikan menteri itu seorang yang berjiwa rakyat dan prihatin dengan nasib masyarakat.

Sawiah berkata, bantuan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai itu akan dimanfaatkan dengan sebaiknya.

“Makcik ada (menghidap) pelbagai jenis penyakit antaranya gout, buah pinggang dan jantung menyebabkan pergerakan juga terjejas. Dengan adanya kerusi roda baharu ini akan mempermudahkan pergerakan makcik,” katanya.

Selain itu, mengulas mengenai kelajuan internet di kampung tersebut, Fahmi berkata, beliau sudah mengarahkan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyelesaikan masalah berkenaan dengan kadar segera.

“Saya difahamkan penduduk kampung sudah lapor (masalah internet) sejak 2020 pada SKMM, saya tidak faham mengapa ada kelewatan dan masalah Internet berlarutan.

“Kita tengok di sini satu bar (kelajuan internet) sahaja, memang ada masalah yang kronik, saya cuba selesaikan. Namun bergantung kepada isu, jika melibatkan pembinaan menara ia akan mengambil masa, kita akan semak menara sedia ada,” katanya.-- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 25 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 25 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki