web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Janji Harga Internet Lebih Murah Menjelang September - Fahmi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 4:45AM

Fahmi Fadzil ketika berucap pada program ceramah Mega Perdana di Ukay Perdana malam tadi - gambar Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua penyedia perkhidmatan internet jalur lebar sudah diarahkan untuk mengurangkan harga internet bermula September depan.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perkara itu, selaras dengan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP), yang menyaksikan harga borong internet dikurangkan dan menjadi lebih murah.

“Untuk memastikan rakyat mampu menikmati perkhidmatan internet yang terbaik, pelbagai perkara telah kerajaan usahakan termasuk internet pra-bayar yang lebih murah. Dulu RM10 sekarang RM5, malah internet jalur lebar juga lebih murah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program ceramah Mega Perdana di Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, di Ukay Perdana dekat sini semalam.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata masih ada pihak yang menyentuh sensitiviti 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja ketika berkempen, walaupun kerajaan sudah berulang kali memberi amaran berkenaan tindakan sedemikian.

“Sebagai Menteri Komunikasi, saya mesti bagi amaran ini. Tapi nampaknya amaran ini bagi sesetengah pihak tidak diikuti, tidak dituruti,” katanya.

Fahmi berkata mana-mana pihak yang masih degil dan terus memainkan sentimen 3R terutamanya ketika berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN), akan dikenakan tindakan undang-undang.

“Berani buat, berani hadap. Ini pesanan saya. Kalau berani buat, janganlah marah kalau polis datang tangkap bila-bila ya,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang serta Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak, dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Harga Beras Putih Import Turun Antara RM2 Ke RM3 Berkuat Kuasa Hari Ini - KPKM

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Stabil - Mohamad

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Hasil Padi Dijangka Kurang Memberangsangkan Akibat Cuaca

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Gred Tunggal Beras Putih: Kerajaan Belum Buat Keputusan - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka