web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Internet Lebih Murah Mudahkan Urusan Harian Rakyat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2023 11:06AM

Harga internet yang lebih murah bakal memberi manfaat kepada rakyat. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Langkah kerajaan memperkenalkan harga internet lebih murah menerusi Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat mengikut keperluan masing-masing.

Bagi kumpulan pelajar dan peniaga, penggunaan internet disifatkan sangat penting dalam kehidupan seharian bagi mencari maklumat dan berinteraksi dengan pensyarah atau pelanggan, selain menjalankan urusan jual beli dalam talian.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata inisiatif itu membolehkan pelajar menggunakan internet tanpa had untuk menghadiri kelas dalam talian, menjalankan kajian dan menghantar tugasan.

Beliau berkata walaupun universiti menyediakan akses point bagi penggunaan internet, namun ia bukanlah capaian optimum untuk kegunaan semua pelajar.

"Kita memang berusaha menyediakan internet menyeluruh kepada pelajar tetapi dalam keadaan yang memerlukan banyak akses point, ia melibatkan kos yang tinggi.

"Dalam konteks UUM, kita mempunyai hampir 20,000 pelajar di kampus dan pada satu-satu masa, misalnya pada waktu malam apabila semua pelajar berada di asrama, sudah tentu gangguan internet akan berlaku," katanya kepada Bernama.

Ahmad Martadha berkata harga internet lebih murah disifatkan sebagai situasi menang-menang untuk pelajar dan universiti, iaitu pelajar dapat menggunakan perkhidmatan itu sekali gus membolehkan pihak universiti menyediakan akses yang lebih menyeluruh khususnya untuk pelajar kurang berkemampuan atau B40.

Isnin lepas, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dilaporkan berkata harga internet dijangka lebih murah menjelang September ini apabila MSAP diguna pakai.

Menurut Fahmi, penggunaan MSAP akan menyaksikan harga borong internet dikurangkan dan menjadi lebih murah dengan dasar baharu ‘di mana ada jalan, di situ ada internet’ akan diperkenalkan, bagi memastikan masyarakat mendapat akses kemudahan itu dengan lebih meluas.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Wilayah Persekutuan, Sharin Darus berkata inisiatif kerajaan dapat membantu peniaga mempromosikan produk dengan lebih giat tanpa kekangan had internet dan pada masa sama menambah pendapatan, terutama bagi perniagaan berskala kecil.

“Ada yang baru berjinak dalam bidang perniagaan yang memerlukan data internet yang cukup untuk menarik orang ramai mengenali produk mereka di media sosial dan antara masalah yang sering dihadapi adalah kekangan data. 

“Melalui dasar yang memperkenalkan internet lebih murah akan memberikan ruang kepada peniaga untuk menjual barangan secara aktif dalam talian serta memudahkan urusan jual beli melalui kaedah pemindahan wang, tanpa perlu risau terputus bekalan internet,” katanya.

Sharin yang mengusahakan perniagaan pakaian terpakai atau bundle di Chow Kit hampir 20 tahun berkata, beliau memerlukan internet untuk memastikan keselamatan kedainya menerusi pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) 24 jam.

Sementara itu, jurulatih program pengurusan di sebuah syarikat swasta Eyzrine Norsofea Tajodin turut menyokong usaha kerajaan memperkenalkan harga internet lebih murah, memandangkan tugasannya banyak menggunakan internet.

Selain berinteraksi dengan peserta latihan, beliau juga menggunakan platform dalam talian untuk menyertai mesyuarat bersama rakan strategik dan menyediakan bahan pemasaran seperti infografik dan video. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Merdekakan Jiwa Daripada Penyebaran Konten, Komen Jelik - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang