web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembiasan Fesyen Yang ‘Terperangkap’ Semasa Berada Di Dalam Kuarantin

Seramai 19 pelajar tahun akhir ESMOD Kuala Lumpur mempersembahkan ‘Croiranting’ untuk ESMOD Kuala Lumpur Graduation Fashion Show 2022.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 2:00PM

Tema ‘Croiranting’ dipilih kerana pelajar-pelajar ini telah mengusahakan koleksi mereka pada tahun 2021 lalu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) - Gambar ihsan ESMOD Kuala Lumpur

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Acara ESMOD Kuala Lumpur Graduation Fashion Show 2022 telah berlangsung dengan jayanya setelah kumpulan pelajar tahun akhir ‘menakluki’ pentas peragaan dengan hasil ciptaan fesyen mereka.

Meraikan majlis yang menandakan tamatnya pengajian mereka dengan penuh meriah, pertunjukan fesyen ini menyaksikan 93 karya ciptaan 19 pereka fesyen.

Tahun ini, pentas peragaan akhir itu menyaksikan reka bentuk busana-busana yang luar biasa dengan tema ‘Croiranting’ yakni satu permainan kata tentang perkataan kuarantin.

Pertunjukan fesyen ini menyaksikan 93 karya ciptaan 19 pereka fesyen
Pertunjukan fesyen ini menyaksikan 93 karya ciptaan 19 pereka fesyen

Tema ini dipilih kerana pelajar-pelajar ini telah mengusahakan koleksi mereka pada tahun 2021 lalu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berkuat kuasa.

Panel juri terdiri daripada pereka-pereka fesyen ternama tempatan seperti Khoon Hooi, Joe Chia, Justin Yap and Daniel Lau. 

Ketua Fakulti Fesyen ESMOD Paris, Paul Marchand turut membuat penampilan khas untuk ESMOD Kuala Lumpur Graduation Fashion Show 2022 ini.

Mereka menilai dan mendengar penjelasan tentang setiap koleksi yang dipersembahkan serta memberi nasihat dan tunjuk ajar tentang perkara-perkara yang boleh diperbaiki oleh pelajar.

Panel juri tahun ini terdiri daripada pereka-pereka fesyen ternama tempatan seperti Khoon Hooi, Joe Chia, Justin Yap and Daniel Lau
Panel juri tahun ini terdiri daripada pereka-pereka fesyen ternama tempatan seperti Khoon Hooi, Joe Chia, Justin Yap and Daniel Lau

Paling istimewa, Anugerah Jarum Emas yang paling diidamkan oleh semua pelajar pada tahun ini dianugerahkan kepada Samantha Low selaku pelajar terbaik.

Anugerah berupa seutas rantai berkalungkan buah jarum emas ini merupakan satu pengiktirafan tertinggi oleh ESMOD International. 

Selepas tamat pengajian, bakat-bakat muda ini sudah pun dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan fesyen untuk mengharungi dunia fesyen yang sebenar di luar sana.

Pertunjukan fesyen ini hanyalah sebagai pengenalan untuk mereka mempersembahkan bakat dan kreativiti mereka kepada pemain-pemain industri fesyen tempatan.

Anugerah Jarum Emas yang paling diidamkan oleh semua pelajar pada tahun ini dianugerahkan kepada Samantha Low selaku pelajar terbaik
Anugerah Jarum Emas yang paling diidamkan oleh semua pelajar pada tahun ini dianugerahkan kepada Samantha Low selaku pelajar terbaik

Masa hadapan yang cerah menanti para pereka fesyen muda ini kerana mereka telah berjaya mencipta bukan sahaja fesyen yang mengujakan, malah satu karya seni yang luar biasa.

Langkah seterusnya dalam perjalanan mereka menuju kejayaan ialah dengan menjalani latihan amali di bawah kendalian beberapa nama besar di dalam industri fesyen, dalam dan luar negara.

Dijalankan oleh ESMOD Kuala Lumpur dan ESMOD International, ia satu program khas bagi memastikan graduan mendapat tempat di dalam industri fesyen. – Getaran, 3 September 2022

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

03 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 hari yang lalu

Marks & Spencer Lancar Stor Konsep Baharu Di Suria KLCC, Pertama Di Asia

2

Gaya 1 minggu yang lalu

5 Perkara Yang Dinantikan Di IKEA 2025 Ini

3

Gaya 2 minggu yang lalu

Stor Perdana Puma Malaysia Di Sunway Pyramid Terbesar Di ASEAN

4

Gaya 3 minggu yang lalu

Haruman Memikat Dari London, Ormonde Jayne Perkenal Siri Montabaco 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara