web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agak Keterlaluan Menggelar Suami Dayus Jika Benarkan Doktor Lelaki Sambut Bayi Ketika Bersalin! – Dr Says 

Keadaan seperti itu adalah darurat, kita tidak boleh buat pilihan untuk menunggu doktor wanita, ia akan memberi kesan buruk kepada ibu dan bayi yang dikandung.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 3:00PM

Dr Muhammad Shazril Shaharuddin - Gambar oleh Rubini Nagarajah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dikenali sebagai doktor selebriti, Dr Say Shazril, menempelak kenyataan seorang penceramah bebas, Ustazah Siti Afifah Shahbudin yang lantang melabelkan golongan suami sebagai dayus kerana membenarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri ketika menyambut kelahiran bayi.

Menurutnya, sebagai seorang doktor perubatan, kenyataan tersebut sedikit keterlaluan, khususnya bagi golongan suami di luar sana.

“Ketika seorang isteri kalau sudah sakit dan hendak bersalin, tiada masa lagi hendak fikir doktor lelaki atau perempuan yang mesti sambut bayi, yang penting ada doktor pakar ketika itu.

“Keadaan seperti itu adalah darurat, jadi kita tidak boleh buat pilihan untuk menunggu doktor wanita, ia akan memberi kesan buruk kepada ibu yang mengandung dan juga bayi dalam kandungan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Nivea Luminous 360 Journey di hotel Le Meridien di Petaling Jaya, baru-baru ini. 

Menurut Dr Muhammad Shazril Shaharuddin, atau lebih dikenali sebagai Dr Say Shazril, berkata perkara ini dibolehkan jika keadaan ketika itu adalah darurat.

Tambah Dr Say Shazril, para pakar kini jauh lebih ‘profesional’ dalam dalam bidang bersalin dan tidak semuanya yang bernafsu lebih.

Gambar oleh Rubini Nagarajah
Gambar oleh Rubini Nagarajah

“Saya sebagai seorang perubatan pernah juga berkerja di bahagian unit pakar wanita, dan pernah ada pesakit yang tidak ingin menerima rawatan daripada saya.

“Itu perkara lain, kami faham, dan pesakit boleh membuat pilihan untuk memilih doktor, tetapi situasi bersalin agak berbeza daripada keadaan golongan wanita yang datang untuk rawatan. Ianya keadaan darurat di mana ibu bersalin tiada masa untuk membuat pilihan.

“Malah saya percaya ramai doktor lelaki di luar sana sangat beretika dan ‘profesional’ dan mereka bukanya ghairah sangat untuk sambut bayi,” tegasnya.

Jelas Dr Say Shazril lagi, sebagai seorang ustazah, untuk mengeluarkan  kenyataan sebegitu, adalah sangat tidak patut.

“Secara jujurnya, kenyataan yang sangat mendalam seperti itu mampu membuatkan keadaan sesebuah institusi keluarga porak peranda dan boleh mempengaruhi pemikiran terutamanya suami-suami di luar sana.

“Beliau seharusnya menitikberatkan kesan kenyataan beliau terhadap ibu-ibu yang sedang mengandung serta keluarga mereka,” tambahnya. – Getaran, 12 November 2022

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

12 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

5 Selebriti Lelaki Yang Layak Digelar ‘Hot Daddy’

2

Selebriti 4 bulan yang lalu

Shila Amzah Selamat Bersalin, Ubai Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa

3

Selebriti 5 bulan yang lalu

Puteri Aishah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

4

Selebriti 8 bulan yang lalu

Yana Samsudin, Suami Timang Cahaya Mata Ketiga

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara