web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Miss Universe 2021: ‘Kampungku’ Sampai Ke Hollywood

Francisca Luhong James anggun dalam persalinan gaun malam dan kostum kebangsaan sempena Miss Universe 2021.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2021 9:00AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyandang semasa Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James bakal mempersembahkan ‘sekampung’ busana dan persalinan tradisional citra Malaysia sempena Miss Universe 2021 ke-69 yang dijadualkan berlangsung pada 16 Mei 2021 di Hollywood, Florida, USA. 

Diberi nama ‘Kampungku’, kostum kebangsaan dengan dua gaya ini direka oleh pereka busana yang tidak asing lagi dengan pentas ratu cantik, Carven Ong. 

Tahun lalu, ‘Peranakan Indulgence’ (diperagakan oleh Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon), kostum kebangsaan yang tular dan mendapat perhatian media-media antarabangsa juga turut direka oleh Ong.

Gaya pertama kostum kebangsaan ini diilhamkan dari pemandangan sederhana di perkampungan dan seni bina rumah-rumah tradisional Melayu di Semenanjung Malaysia. Seni bina tradisional ini mencerminkan nilai estetika tinggi masyarakat Melayu.

Biasanya dibina dengan kayu-kayan dan balak bermutu tinggi, rumah tradisional Melayu memiliki tiang seri dan ciri-ciri atap yang tinggi, sesuai pengudaraan iklim tropika serta sarat dengan elemen ukiran kayu tradisional yang menawan.

Ia membangkitkan rasa nostalgia. Rumah tradisional berfungsi sebagai satu peringatan, dengan rasa rendah hati, tentang asal-muasal masyarakat majoriti di Malaysia ini. Ramai antara mereka membesar di kampung, sebelum berhijrah ke kota-kota besar seperti Kuala Lumpur. 

Dengan berat kira-kira 45kg, rumah tradisional ini digambarkan dalam warna hitam dan putih untuk dipadankan bersama gaun kaftan batik Francisca. Motif batik diilhamkan dari kain Pua Kumbu, batik Melayu dan Orang Ulu. Ia lengkap dengan perhiasan kepala berbentuk sepeda. 

Pemandangan kampung kemudiannya dihidupkan lagi dengan warna-warna senja, lengkap dengan replika ayam dan pohon kelapa bagi memangkin suasana.

Sesuai dengan pemandangan, gaun jingga lepas bahu itu sarat dengan manik kerawang emas, mewakili warisan Francisca dari Sarawak. Penampilan gaya kedua ini melambangkan suasana matahari terbenam di Malaysia.

Bagi melengkapkan penampilan, Francisca mengenakan perhiasan kepala hasil rekaan Wesley Hilton dari Borneo Doll.

Dikelilingi bunga raya, mahkota unik ini menampilkan ‘Francisca mini’ sebagai boneka ratu cantik. Perhiasan kepala itu diperbuat daripada tenunan mengkuang yang rumit dan mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan. 

Untuk gaun malam, tanggungjawab diserahkan kepada pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini. Gaun malam berona biru firus ini mendapat ilham dari legenda Puteri Sejinjang.

Ia dekat dengan Francisca yang berlatarbelakangkan etnik Kayan, Kenyah dan Iban. Bumi Kenyalang adalah negeri kelahiran gadis berusia 26 tahun ini. 

Gaun malam ini mengambil warna samudera Sarawak. Sarat dengan intan dan permata yang menghadirkan kesan mewah dan elegan, berkemilau terang saat menangkapi pantulan cahaya bulan dari butiran pasir pantai.

Potongan gaun halus dan siluet ramping serta belahan kain tinggi di hadapan, memancarkan keberanian dan kepercayaan Francisca saat berjalan atas pentas.

Selain Rizman Ruzaini (pereka gaun malam) dan Carven Ong (pereka kostum kebangsaan), The Miss Universe Malaysia Organization turut bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi rasmi seperti Jeeve, Habib, Shawn Cutler, Secrets of Nature, Amber Chia Academy dan Vogue Lounge.

Turut memberi sokongan, Borneo Doll by Wesley Hilton, Packaging Mart, Jeeve, Babel, Esteem Dental, Glojas Smart International Aesthetics, Esthetics International Group (EIG), Dermalogica & Tisserand, Strip, Ministry of Waxing dan La Jung. 

Peminat ratu cantik tempatan yang ingin memberi sokongan bolehlah mengundi (vote) Francisca untuk layak ke TOP21 69th MISS UNIVERSE 2021 di aplikasi Miss Universe Apps. 

Layari laman web Miss Universe Malaysia 2021 untuk maklumat lanjut. – 1 Mei 2021

Semua gambar: Syeda Imran, Getaran.my





 

Isu Pada

Membelah Suara Uyaina Arshad

01 May 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 bulan yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 bulan yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 2 bulan yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Gaya 3 bulan yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara