web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buletin Teknovasi: Apa yang menarik minggu ini?

Getaran berkongsi perkembangan terkini dunia teknologi dan inovasi untuk minggu ini.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 8:44AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buletin teknovasi kali ini memaparkan informasi berkenaan projek Technology Transfer Apprentices Programme (TTAP) yang menjadi perintis pertama di Malaysia dalam melahirkan jurutera muda. Seterusnya, program CSR oleh Foodpanda serta pengumuman duta mereka.

Selain itu, kami tampilkan juga barangan elektronik rumah daripada Samsung iaitu penyedut kotoran pintar dan peranti terbaharu berupa fon telinga jenama LG.

Gambar: Instagram @ttapmy
Gambar: Instagram @ttapmy

Technology Transfer Apprentices Programme (TTAP) menjadi perintis pertama di Malaysia sebagai program yang telah melahirkan empat jurutera muda berpengalaman kelahiran tanah air. Ia dibangunkan oleh Institut Automobil, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) serta Persona Energy Sdn Bhd.

Pada 2021, para jurutera ini bukan sahaja berjuang dalam FIA World Endurance Championship, mereka meluangkan masa dan mempelajari ilmu dalam industri automotif dan sukan permotoran bersama McLaren Xtrac Transmission di United Kingdom.

Jurutera tersebut terdiri daripada Taufiq Mohd Zin, Amzar Chairil, Anderson Kent Robert dan Luqman Othman. Pengarah Persona Energy Sdn Bhd, Jazeman Jaafar yang juga merupakan pemenang Perlumbaan Siri Formula Renault 3.5 pada 2015 berharap program ini diteruskan dan mendapat sekurang-kurangnya 100 calon setiap tahun untuk dipilih sebagai jurutera.

Ini bagi melahirkan lebih ramai lagi legasi jurutera dalam arena automotif dan sukan permotoran.

Seterusnya, jenama penghantar makanan popular Foodpanda telah melaksanakan satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang unik bersama tiga duta baharu mereka baru-baru ini.

Duta Foodpanda yang ditampilkan adalah penyanyi dan pelakon Aishah Sinclair dan Elizabeth Tan serta YouTuber tanah air berbangsa india Tanesh Vijayagomaran.

Diilhamkan oleh sebuah rancangan realiti luar negara iaitu Supermarket Sweep, duta Foodpanda ini ditugaskan untuk membuat pencarian barang runcit di pandamart Sweep berdasarkan senarai yang telah diberi dalam masa tertentu.

Pemenang pertandingan ini akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 yang disalurkan kepada badan amal pilihan mereka. Barisan duta yang dipilih oleh Foodpanda ini juga melambangkan perpaduan dan menarik perhatian penonton daripada semua lapisan masyarakat.

Samsung yang terkenal dengan pengeluaran telefon pintar telah mengeluarkan produk terbaharu merupakan barangan rumah yang sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan. Ia adalah Samsung Jet bolt yang merupakan robot penyedut kotoran pintar.

Reka bentuknya yang kecil dan comel mampu menyedut kotoran dan habuk di lantai dengan menggunakan sistem pengimbas kawasan secara tepat. Ia berfungsi dan bergerak secara automatik di sekeliling rumah anda.

Ia juga menggunakan sistem penapisan teknologi Air Pulse yang mampu memerangkap 99 peratus habuk halus dan alergen. Malah, ia sangat efektif untuk pembersihan bahan fabrik seperti permadani di kediaman anda.

Kini pelbagai syarikat telah mengeluarkan gperanti fon telinga tanpa wayar jenis earbud. LG tidak terlepas untuk mengeluarkan produk fon telinga terbaharu mereka yang diberi nama UV Nano.

Ia ditampilkan dengan reka bentuk batang sepanjang 4.4ml dengan kepadatan yang penuh apabila memakainya di telinga. Ia sesuai untuk digunakan semasa aktiviti lasak.

Ia juga mementingkan keselesaan dan kebersihan kerana menggunakan teknologi UV nano yang boleh membunuh bakteria yang terdapat pada fon telinga semasa memakainya.

Selain itu, dipasangkan juga dengan gel silikon perubatan telinga hypoallergenic dan anti alahan yang mengeluarkan bunyi lembut serta dilindungi daripada bunyi bingit di telinga. Jangka hayat baterinya pula mampu bertahan sehingga 10 jam penggunaan secara berterusan. 

Akhir sekali, platform e-dagang kereta yang terbesar di Asia Tenggara menjalankan kolaborasi Bersama Grab untuk melancarkan kempen 'Own Your Ride' di seluruh negara. Ini bertujuan memberikan manfaat kepada lebih 100,000 pemandu dan rakan pengguna Grab.

Pemandu dan rakan penghantaran Grab menikmati diskaun pembelian sehingga RM600, diskaun tukar beli RM1,000 dan perkhidmatan selepas jualan selama 1 tahun apabila membeli kereta Carsome Certified.

Kerjasama ini sesuai dengan situasi ekonomi Malaysia yang sedang dibuka secara perlahan-lahan dan telah berlangsung sehingga 30 Aprill 2022. Ia bagi menggalakkan lebih ramai orang keluar untuk bekerja dan beriadah, seterusnya meningkatkan permintaan untuk perkhidmatan e-hailing diseluruh negara. - Getaran, 15 Disember 2021
 

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Capai Tahap Kesihatan Optimum Dengan Peranti Terkini Samsung

2

Teknovasi 7 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Wan Fayhsal, Jangan Tipu! Betulkan Semula Fakta Anda! - MKM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Buruh Maut Ditimbus: CIDB Arah Henti Kerja Di Tapak Projek

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN