web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tekad Teknologi Air Bersih Untuk Pak Belang

Bermula dengan Harimau Malaya, Waterco Malaysia sedia air bersih untuk Zoo Negara.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2021 9:00AM

Gambar SYEDA IMRAN

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dewasa ini, kita sering digemparkan dengan berita tentang permasalahan yang melanda Zoo Negara. Pengurusan zoo hampir tidak mampu memberi makan kepada haiwan-haiwan di bawah jagaan mereka, apatah lagi soal meningkatkan kualiti kandang sahabat-sahabat haiwan kita. 

Keadaan makin membimbangkan akibat perlaksanaan PKP yang memaksa Zoo Negara menutup pintu untuk kunjungan umum. Pun begitu, apabila dibenarkan beroperasi semula untuk menjana pendapatan, ia tetap sukar bagi pihak pengurusan untuk menampung kos keseluruhan. 

Sebahagian besar wang yang diperolehi perlu digunakan bagi membiaya perbelanjaan untuk pemakanan haiwan dan penyelenggaraan yang memakan kos yang amat tinggi. Kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan serta penjagaan air yang mesra belanja perlu diutamakan. 

Gambar: Waterco (Far East) Sdn Bhd

Oleh itu, Waterco tampil ke hadapan dan nekad untuk menyediakan persekitaran air yang bersih dan selamat untuk Zoo Negara pada kos yang mampan. Waterco menyedari kesulitan yang dihadapi dan menyuarakan komitmen mereka bagi membantu dan menyokong Zoo Negara.

Syarikat teknologi air yang telah mengukir nama dalam industri penapisan dan pengepaman air selama 40 tahun ini bersedia untuk menyediakan persekitaran air yang bersih dan selamat, sambil memperbaiki kualiti penjagaan air di Zoo Negara. 

Waterco memulakan perancangan awalnya, bermula dengan kandang Harimau Malaya, “Walaupun dengan sumber yang terbatas, Zoo Negara sememangnya sudah melakukan yang terbaik bagi memenuhi keperluan penghuni mereka.”

“Kami di Waterco ingin menyumbang kepakaran kami dari segi penyediaan dan penjagaan air. Kami menyedari kesukaran yang dihadapi Zoo Negara, terutamanya apabila mereka terpaksa meminta bantuan orang ramai untuk sokongan sewaktu PKP.”

“Kami bersedia membantu dan ingin memainkan peranan kami bagi memastikan sahabat haiwan kami dibekalkan dengan bekalan air yang bersih,” kata Encik Koo Zao Cheong, Pengurus Pembangunan Perniagaan Serantau Waterco.

Gambar: Waterco (Far East) Sdn Bhd

Menurut Koo, tanah Zoo Negara merupakan tanah matang. Banyak faktor perlu dipertimbangkan sebelum kerja-kerja baik pulih saluran paip, sumber air dan penempatan penapis dijalankan. Banyak kajian dan lawatan tapak dilakukan untuk menilai keadaan tanah dan air di Zoo Negara.

Selain itu, Waterco juga perlu memahami keperluan air setiap haiwan. Ini kerana, setiap haiwan adalah berbeza. Ia memiliki keperluan serta persekitaran air yang berlainan. Setelah melakukan kajian yang teliti dengan pihak Zoo Negara, projek bermula dengan kandang Harimau Malaya.

Selain faktor kandang Pak Belang yang amat memerlukan pemulihan, Waterco dan Zoo Negara memilih Harimau Malaya sebagai simbolik permulaan bagi projek ini. Lagi pula, Harimau Malaya adalah lambang negara kita, Malaysia. 

“Setelah penelitian menyeluruh, kami mencapai keputusan dengan memilih produk teknologi hijau Waterco yang paling sesuai dan berkesan untuk penjagaan kualiti air, khas buat Harimau Malaya. Ia menjimatkan tenaga supaya kos penyelenggaraan tidak akan meningkat.”

“Kami yakin produk kami mampu meringankan beban Zoo Negara. Kami ingin memastikan usaha kami akan memberikan hasil yang terbaik untuk Harimau Malaya tercinta, dalam masa sama memudahkan pengendalian dan penjagaannya oleh Zoo Negara,” jelas Koo. 

Proses pemasangan penapis dan pembersih air di kandang Harimau Malaya memerlukan masa lebih kurang tiga bulan. Pemantauan berterusan perlu dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan sistem ini tanpa menjejaskan persekitaran dan keselamatan haiwan tersebut. 

Bermula dengan projek ini, Waterco turut berharap dapat membantu haiwan-haiwan lain di kandang-kandang yang lain dalam menyediakan air yang bersih dan selamat secara berperingkat. Diharapkan projek ini dapat memberi manfaat kepada Zoo Negara untuk jangka masa panjang.

Gambar: Lai Yuh Siang, Unsplash

Layari Waterco Malaysia  dan Zoo Negara untuk maklumat lanjut. – Getaran, 12 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 20 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN