Gelombang BTS sekali lagi melanda Malaysia apabila kumpulan fenomena K-pop ini berganding bahu dengan Coway!
Ya! Benar sekali! Bintang-bintang Korea Selatan yang sedang menggegar dunia hari ini, kembali menjayakan satu lagi kolaborasi menarik demi memastikan peminat mereka (yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Army') tidur nyenyak.
Tak disangkal lagi, BTS sememangnya mampu membuat para Army tidur diulit mimpi dengan lagu-lagu sensasi mereka yang mendunia. Malah, hanya dengan berbekalkan wajah dan penampilan mereka sahaja, sudah cukup membuatkan para Army menjadi panasaran dan tak senang duduk.
Fenomena BTS ini mendorong orang ramai terutamanya para Army untuk mengamalkan kehidupan sihat dengan menari dan menikmati makanan seperti yang boleh kita lihat di kolaborasi antara tujuh jejaka idola mereka ini dengan satu syarikat makanan segera terkenal, baru-baru ini.
Setelah sekian banyak produk yang mereka sudah wakilkan, kali ini BTS berhasrat pula untuk mengajak para Army untuk menikmati tidur yang berkualiti dengan tilam PRIME Series Coway. Tilam istimewa ini menjanjikan pengalaman tidur yang mengubah kehidupan anda selamanya.
Akui BTS sendiri, PRIME Series Coway menambah semula tenaga dan membuat mereka bersedia menyahut cabaran dunia setiap hari. BTS yang turut menjadi duta jenama global Coway, sememangnya memahami kepentingan tidur nyenyak pada waktu malam.
Bersama Coway, BTS mahu memastikan semua orang mampu tidur nyenyak seperti bintang terkenal yang gemerlapan! Menerusi skim langganan Coway, anda boleh menikmati tilam bertaraf hotel lima bintang ini di keselesaan rumah sendiri pada harga kurang RM5 semalam.
Seperti mana BTS menghargai nilai muzik mereka, Coway menghargai nilai tidur yang berkualiti kerana katil adalah satu-satunya tempat di mana anda berasa selesa dan selamat untuk beristirahat setelah penat mengharungi kesibukan sepanjang hari.
Dalam suasana kehidupan norma baharu yang membataskan pergerakan dan menyebabkan ramai terpaksa duduk di rumah, amatlah penting bagi memiliki tilam PRIME Series Coway, tilam perdana sewaan pertama dengan perkhidmatan pembersihan dan penjagaan berkala.
Tilam ini ialah tilam hibrid yang sempurna kerana menggunakan hanya bahan-bahan terbaik dalam pembuatannya, menawarkan penyelesaian tiada bandingan demi pengalaman tidur yang holistik. Ia terbuat daripada 100% lateks asli, busa memori, serat kelapa dan fabrik antistatik.
Selain itu, tilam ini turut direka khas bagi membantu anda mencapai kebersihan tempat tidur yang optimum. Dengan Perkhidmatan Penjagaan Tilam Coway, kebersihan tempat tidur dapat diselenggara dengan cara yang lebih baik dan bijak.
Sebagaimana BTS yang mempunyai tujuh anggota, Coway turut menyediakan perkhidmatan penjagaan tilam yang teliti dan menyeluruh dalam tujuh langkah. Ia dilaksanakan dalam tempoh empat bulan sekali oleh juruteknik penjagaan rumah profesional dari pihak Coway.
Perkhidmatan ini dijalankan dengan menggunakan alat berteknologi tinggi untuk membersihkan tilam secara menyeluruh. Ia termasuk pengukuran tahap pencemaran, pembersihan tilam, rangka dan sisi katil serta penghapusan hama habuk dan pensterilan UV.
“Bak kata pepatah, tidur bukanlah suatu kemahuan tetapi suatu keperluan. Menjamin kebersihan tempat tidur yang baik dalam dunia masa kini yang sedang berada dalam zaman pandemik, merupakan suatu keperluan yang mungkin dapat menyelamatkan nyawa.”
“Di Coway, kami bertekad untuk menyempurnakan kehidupan masyarakat sejagat yang membawa kepada persekitaran yang lebih sihat, demi negara yang sejahtera!” ucap Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.
6 Tip Tidur Berkualiti Untuk Kesihatan
Mendapatkan tidur yang berkualiti ialah perkara paling penting yang anda boleh lakukan demi kesihatan badan. Tidur yang mencukupi memberikan badan kita masa dan tenaga untuk pulih daripada ketegangan hari sebelumnya dan membantu kita untuk kekal cergas sepanjang hari.
Jika anda sukar tidur seperti kerap terjaga semasa tidur atau tidak boleh tidur pada waktunya walaupun sudah penat atau tidak berasa selesa, pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengembalikan ketenangan waktu tidur anda itu tadi.
Berikut merupakan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan tip tidur yang berkualiti untuk kesihatan anda, seperti yang tertera:
Tetapkan jadual waktu tidur
Tidur pada waktu yang sama, setiap hari malah di hujung minggu serta hari cuti. Kekerapan dan konsistensi ini akan membuatkan kitaran masa badan anda sudah terbiasa dengan kitaran jadual tidur yang telah ditetapkan tersebut.
Perhatikan makan dan minum anda
Jangan masuk tidur jika berasa lapar atau terlampau kenyang. Rasa tidak selesa akan membuatkan anda kerap terjaga. Kesan rangsangan nikotina, kafein dan alkohol yang mengambil masa berjam-jam untuk pudar juga akan menggangu tidur anda itu tadi.
Cipta ritual sebelum tidur
Lakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar muzik yang menenangkan. Ia memberi peringatan cepat kepada badan untuk berehat. Elakkan meluang masa dengan peranti telefon pintar untuk ritual sebelum tidur.
Lakukan aktiviti fizikal dalam rutin harian
Aktiviti fizikal dan kecergasan secara berkala boleh membuatkan anda mendapat tidur yang berkualiti. Ini kerana badan sudah menggunakan tenaga yang optimum, lalu membuatkan anda lebih cepat mengantuk. Namun, sebaiknya jangan bersenam ketika menghampiri waktu tidur.
Pengurusan tekanan
Tekanan, terutamanya di tempat kerja boleh menyebabkan seseorang itu sukar tidur kerana otak masih ligat berfikir. Belajar untuk menguruskan tekanan di sekeliling anda seperti menjadi manusia yang lebih teratur dalam membahagikan antara perkara penting dan kurang penting.
Temui doktor
Sebenarnya, hampir semua manusia normal mengalami masalah tidur tetapi jika terlalu kerap berlaku atau sekiranya anda menghidapi masalah tidur yang ekstrem seperti insomnia sehingga menggangu kualiti hidup dan kesihatan, segera dapatkan bantuan doktor. - Getaran, 30 Jun 2021.
Semua gambar: Coway Malaysia