web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gagal Batal Pertuduhan Rasuah, Kes Wan Saiful Dibicara Mac 2024

Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2023 9:19PM

Wan Saiful Wan Jan gagal membatalkan dua pertuduhan rasuah berkaitan projek Jana Wibawa - gambar FMT

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  -- Bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan hari ini gagal dalam permohonannya untuk membatalkan dua pertuduhan berkaitan rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa.

Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan dikemukakan peguam bela, Amer Hamzah Arshad dan Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi.

Justeru, Rozina memerintahkan kes itu diteruskan dengan perbicaraan ditetapkan25 hingga 27 Mac; 29 dan 30 April; dan 20 hingga 22 Mei tahun depan selain menetapkan 1 Dis ini untuk pengurusan kes.

Pada 29 Mei lalu, Wan Saiful, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, memfailkan permohonan untuk membatalkan dua pertuduhan itu atas alasan pertuduhan terhadapnya adalah cacat.

Dalam pada itu, Rasyidah Murni memaklumkan kepada mahkamah bahawa seramai 27 saksi pendakwaan akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Wan Saiful, 48, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek ‘Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur’ daripada Kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang jumlah keseluruhannya RM232 juta. 

Beliau juga dituduh menerima bagi dirinya suapan wang tunai berjumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek itu.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana, di sini, pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku, Bukit Tunku, di sini, antara 8 Julai 2022 hingga 30 Sept 2022.

Sementara itu, Amer Hamzah ketika ditemui pemberita berkata pihaknya tidak akan merayu terhadap keputusan hari ini.

Wan Saiful pula berkata beliau menerima keputusan itu. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara