web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Telusuri Ajaibnya Kegelapan Kuala Lumpur Dalam 'KL Noir: Magic'

Minggu ini, Asrul Han mengulas judul kelima dalam siri KL Noir, 'KL Noir: Magic'. Katanya, kegelapan tidak semestinya berpunca daripada unsur sihir. Jom kita baca ulasannya.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 9:03AM

oleh

Asrul Han

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Genre noir lazimnya menggunakan tona penceritaan yang gelap dan sinis. Antologi KL Noir: Magic merupakan judul kelima dalam siri KL Noir yang diterbitkan pada Mac 2021. 

Buku yang disunting Deric Ee dan diterbitkan Fixi Novo kali ini menghaluskan fokus noir kepada tema magic.

Ia menggabungkan 20 cerita pendek dalam pelbagai variasi namun berkongsi tempat yang sama iaitu di sekitar kawasan Kuala Lumpur. 

Walaupun tema yang dinyatakan adalah magic yang boleh diterjemahkan sebagai sihir, bukan semua cerita di dalam antologi ini menampilkan unsur sihir. 

Ada yang menampilkan watak pontianak dan ada yang menampilkan watak Dewa Kali. Namun ada yang langsung tidak mengandungi unsur sihir atau fantasi dan hanya menceritakan kisah konflik atau misteri di sebalik kegelapan Kuala Lumpur. 

Antara cerita pendek yang menonjol di dalam antologi ini adalah seperti berikut: 

 

City Dwellers, karya Muthusamy Pon Ramiah 

Kisah hidup seorang bapa, Panjang Maniam yang bekerja keras untuk memberikan yang terbaik pada keluarganya.

Tiada unsur misteri dalam cerita ini dan ia lebih kepada pemerhatian. Tiada konflik atau kemuncak yang nyata ditampilkan.

Kegelapan sebenar dalam cerita ini adalah penampilan cabaran hidup sebuah keluarga dalam serba kemiskinan. 

 

Tooth and Consequences, karya Terence Toh 

Sebuah satira tentang seorang doktor gigi haram yang cuba menawarkan perkhidmatan kepada seorang pesakit yang terdesak sakit gigi namun tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di klinik sebenar.

Cerita ini diselitkan unsur jenaka dan merupakan satu-satunya cerita di dalam antologi ini yang akan membuatkan anda tersenyum. 

 

Jaga Diri, Jaga Hati, karya Hong Jinghann 

Cerita ini mistikal dan juga puitis. Ia bertempat di sebuah restoran mamak berdekatan Nu Sentral dan menampilkan seorang wanita yang kelihatan kekal muda walaupun selepas bertahun datang ke restoran tersebut.

Ia diakhiri dengan pemerihalan grafik wanita itu dalam mencari jantungnya yang hilang. Walaupun seram, cerita ini merupakan kiasan yang menarik tentang drama percintaan yang tragis di antara dua insan. 

 

Dastar, karya Sukhbir Cheema 

Satu lagi cerita tanpa unsur misteri, Dastar mengisahkan kehidupan seorang pemandu bas mini yang beragama Sikh. Hidupnya penuh persoalan tentang makna di sebalik agama dan identitinya sendiri.

Persoalan terjawab di akhir cerita pendek ini, dalam cara yang tidak dijangkakan dirinya sendiri dan juga oleh pembaca. 

Walaupun ada sebilangan cerita di dalam buku ini yang tidak menampilkan sihir, hantu atau unsur fantasi, terdapat satu tema yang kekal di setiap 20 cerita yang paling hampir dengan tema magic iaitu karma. 

Di sebalik kegelapan, misteri dan konflik di setiap muka surat, hukum karma sentiasa tampil tersirat di penghujung setiap cerita. 

Dalam kehidupan sebenar di Kuala Lumpur yang penuh cabaran, mungkin karma adalah keajaiban yang paling diperlukan setiap penduduknya.

Walaupun gelap dan sinis, KL Noir: Magic merupakan sebuah bacaan yang memuaskan atas sebab ini. - Getaran, 2 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Penerbangan Ke Batam Mampu Rancakkan Sektor Pelancongan Malaysia - Indonesia

Sorotan

1

Agong Masyhur Masjid Sultan Ibrahim

2

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

3

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

4

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

5

Silap Label Kedudukan Sabah, Sarawak, Proton Mohon Maaf

6

Dr Joohari Wakili Pakatan Harapan Sebagai Calon PRK Sungai Bakap

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Selebriti Popular Tanah Air Yang Dijemput Menjadi Tetamu Allah Tahun Ini

oleh Helmi Anuar