web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dikir Barat 'Sentuhan Teknologi' Kisah Hang Tuah Dengan Tiga Elemen Teknologi

Tiga elemen itu adalah 'Projection Mapping', 'Holographic' dan 'Motion Capture' tanpa menjejaskan asas kesenian tradisional’.

Budaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 6:00PM

Unsur budaya dan teknologi digabungkan dalam dikir barat kisah pahlawan Hang Tuah. - Gambar oleh Asyraf Rezali/JKKN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kisah mengenai pahlawan Hang Tuah telah banyak kali dipentaskan. Namun, bayangkan apabila kisah Hang Tuah ini dipersembahkan dalam bentuk dikir barat dengan menggunakan teknologi Projection Mapping, Holographic dan Motion Capture?

Itulah yang akan menjadi tarikan utama dalam persembahan Dikir Barat ‘Sentuhan Teknologi’: Kisah Hang Tuah yang bakal dipersembahkan di Festival Seni Hidup JKKN di MaTiC Kuala Lumpur pada 5 November 2022 ini. 

Bahkan, ia pasti akan memberikan interpretasi baharu terhadap kisah pahlawan Hang Tuah ini apabila unsur budaya dan teknologi digabungkan. 

Gambar oleh Asyraf Rezali/JKKN
Gambar oleh Asyraf Rezali/JKKN

Diterbitkan  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), produksi Dikir Barat ‘Sentuhan Teknologi’: Kisah Hang Tuah turut mendapat kerjasama Persatuan Cinta Seni Budaya (PERSIDAYA), Akademi Arjunasukma (Kumpulan Dikir Barat), KINO Cinema Media (Teknologi), dan PUSAKA (Pemasaran).

Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Mesran Mohd Yusop berkata, program ini diterbitkan untuk mempromosikan kesenian tradisional dengan gabungan teknologi sebagai produk pelancongan budaya.

“Ia juga mampu memberi dimensi baharu dalam persembahan kesenian tradisional supaya dilihat selari dengan kehendak dan peredaran masa kini serta boleh dipasarkan ke pentas antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran program Dikir Barat 'Sentuhan Teknologi': Kisah Hang Tuah, yang turut menyajikan sebuah dokumentari tokoh dan ikon penggiat seni dikir barat serta memaparkan sebuah pameran fotografi seputar seni budaya warisan Dikir Barat.

Menurut Mesran lagi, persembahan ini mengajak kita untuk meneroka pelbagai ruang kreatif lain yang ada dalam seni persembahan Dikir Barat melalui penafsiran segar dan penceritaan semula Hikayat Hang Tuah.

Gambar oleh Asyraf Rezali
Gambar oleh Asyraf Rezali

“Penceritaan Kisah Hang Tuah disampaikan melalui lakonan serta lagu dan karut Dikir Barat termasuk Karut Yengki, Karut Kelantan, Lagu Jogho, Karut Tani, Lagu Matan, Karut Kelantan dan Wau Bulan.

“JKKN sentiasa komited dalam usaha mengetengahkan integrasi teknologi interaktif seni persembahan di Malaysia dan pemerkasaan usahawan seni budaya melalui penggunaan teknologi dalam memartabatkan seni budaya ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Persembahan Dikir Barat ‘Sentuhan Teknologi’: Kisah Hang Tuah ini  dimulakan dengan segmen buka panggung (Dikir Barat tradisi) disusuli  empat segmen serta segmen penutup (Dikir Barat Tradisi)

Kisahnya bermula apabila berita kemungkaran Hang Tuah telah sampai kepada pengetahuan Sultan. Sultan amat murka kerana Hang Tuah antara orang yang paling Baginda percaya untuk menjaga keamanan negerinya. Lalu beliau menitahkan Bendahara untuk menangkap dan membunuh Hang Tuah.

Bendahara yang tidak percaya dengan khabar tersebut terus menangkap Hang Tuah, namun dia mengambil keputusan untuk tidak membunuh Hang Tuah tetapi menyembunyikan Hang Tuah di sebuah hutan.

Hang Jebat yang mendapat berita Hang Tuah dibunuh terus mengamuk dan menderhaka kepada Sultan yang dianggap kejam membunuh Hang Tuah. Dalam kelam kabut Hang Jebat mengamuk Hang Tuah dibawa pulang untuk menyelamatkan keadaan dalam negeri.

Akhirnya mereka bertikam sesama sendiri. Dalam pergaduhan tersebut muncul seorang tua yang menasihatkan agar jangan bergaduh dan mereka akur dan terus berdamai. Maka selepas itu rakyat negeri Melaka hidup aman dan damai.

Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang JKKN iaitu www.jkkn.gov.my ataupun boleh layari facebook JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya. - Getaran, 25 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Berhentilah Menangguk Di Air Keruh, Dr Ammar Tahu Kenapa Beliau Diturunkan Pangkat!

2

Semasa 8 bulan yang lalu

MOTAC Sasar Jualan RM28 Juta Untuk Pakej 'My Ramadan Experience 2024'

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Pencalonan Anugerah Seni Negara Dibuka Mulai Hari Ini Sehingga 29 Februari - MOTAC

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Airbnb Keluarkan Akaun Pengendali Inap Desa Didakwa Sembunyi Kamera Dalam Soket

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara