web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Pencalonan Anugerah Seni Negara Dibuka Mulai Hari Ini Sehingga 29 Februari - MOTAC

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2023 5:25PM

gambar MOTAC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pencalonan bagi Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 dibuka mulai hari ini sehingga 29 Februari 2024, kata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan penganugerahan ASN 2024 dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Anugerah Seniman Negara yang membabitkan seorang penerima, Anugerah Karyawan Seni (lima penerima) dan Anugerah Pendokong Seni (tiga penerima).

Pada anugerah itu, penerima Anugerah Seniman Negara akan membawa pulang antaranya wang tunai berjumlah RM60,000, watikah penganugerahan dan trofi, di samping mendapat kemudahan rawatan kelas pertama di hospital kerajaan, manakala bagi Anugerah Karyawan Seni, penerima akan menerima wang tunai RM30,000, watikah, trofi dan seniman tamu.

Bagi Anugerah Pendokong Seni, penerima akan menerima wang tunai RM10,000, watikah dan trofi.

“Semua pencalonan perlulah melalui Borang Pencalonan ASN 2024 dan dokumen sokongan perlulah dikemukakan melalui e-mel dalam bentuk softcopy kepada Ketua Pengarah Jabatan/Agensi yang mempengerusikan Jawatankuasa Pencarian/Pencalonan ASN 2024 mengikut kategori masing-masing.

“MOTAC mengalu-alukan penggiat seni, karyawan dan seniman dalam bidang seni muzik, seni tari, seni lakon (pementasan), seni kraf dan seni visual untuk mengemukakan pencalonan bagi Anugerah Seni Negara 2024 ini,” menurut kenyataan itu.

Anugerah Karyawan Seni membabitkan lima penerima iaitu Anugerah Karyawan Seni Muzik, Anugerah Karyawan Seni Tari, Anugerah Karyawan Seni Lakon,  Anugerah Karyawan Seni Kraf dan Anugerah Karyawan Seni Visual manakala Anugerah Pendokong Seni membabitkan tiga penerima iaitu media, korporat dan badan bukan kerajaan (NGO).

ASN adalah anugerah dan pengiktirafan tertinggi oleh kerajaan Malaysia kepada penggiat, karyawan dan seniman yang telah memperlihatkan ketokohan serta sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan seni tanah air, meliputi lima bidang iaitu seni muzik, seni tari, seni lakon, seni kraf dan seni visual.

Keterangan lanjut mengenai borang pencalonan dan perincian ASN 2024 boleh diperoleh di laman web www.motac.gov.my. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Berhentilah Menangguk Di Air Keruh, Dr Ammar Tahu Kenapa Beliau Diturunkan Pangkat!

2

Semasa 8 bulan yang lalu

MOTAC Sasar Jualan RM28 Juta Untuk Pakej 'My Ramadan Experience 2024'

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Airbnb Keluarkan Akaun Pengendali Inap Desa Didakwa Sembunyi Kamera Dalam Soket

4

Semasa 11 bulan yang lalu

MOTAC Siasat Dakwaan Ada Kamera Tersembunyi Di Inap Desa Sabah - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah