web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


MOTAC Sasar Jualan RM28 Juta Untuk Pakej 'My Ramadan Experience 2024'

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2024 1:05PM

Khairul Firdaus Akbar Khan (tengah) pada pelancaran 'My Ramadan Experience 2024' malam semalam - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan nilai jualan sebanyak RM28 juta bagi program My Ramadan Experience 2024 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Selangor serta Putrajaya sepanjang bulan puasa tahun ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan berkata pakej pelancongan yang julung kali diadakan itu dan merupakan inisiatif Tourism Malaysia, melibatkan penginapan hingga lima hari empat malam di 32 hotel di sekitar ketiga-tiga negeri bagi mengetengahkan keunikan sambutan Ramadan di Malaysia.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 1,000 pakej telah berjaya dijual dan menjangkakan jumlah itu akan terus meningkat.

"Sebanyak 1,000 pax (untuk pakej) sudah dijual, pastinya memang ada lebih banyak (akan) dijual kerana pakej ini dilancarkan dua bulan sebelum Ramadan. Apabila imam dari negara  hina ini balik, mereka turut bantu kita promosikan pakej ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan My Ramadan Experience 2024 di sebuah hotel di sini malam semalam.

Pada 10 Januari lepas, seramai 35 imam dari 14 wilayah di China tiba di negara ini bagi mengikuti program Lawatan PengenalanImam: Terokai Malaysia Mesra Muslim selama tujuh hari anjuran Pusat Pelancongan Islam (ITC) dan Persatuan Penggalakan Pelancongan Inbound Cina Malaysia (MICA) yang bertujuan menggamit 30 juta penduduk Islam dari negara itu ke Malaysia.

Menerusi sesi lawatan itu yang akan berakhir esok, mereka dibawa mengunjungi tujuh masjid ikonik dalam negara dan beberapa lokasi pelancongan terkenal termasuk dusun durian di Bentong, Pahang.

Khairul Firdaus juga berkata menerusi pakej pelancongan itu, pihaknya akan mengetengahkan keunikan sambutan Ramadan
di Malaysia kepada pelancong muslim di seluruh dunia.

"Kita mahu masyarakat Islam seluruh dunia melihat Malaysia sebagai negara terbaik untuk dicontohi bukan kerana kita mempromosikan Islam semata-mata sebaliknya turut menunjukkan bagaimana kita mempraktikkan hidup dalam masyarakat berbilang kaum dengan budaya keharmonian yang begitu tinggi sekali.

"Selain itu, kemeriahan dan pelbagai aktiviti keagamaan di negara ini juga boleh menarik penglibatan mereka dalam mengenali sambutan Ramadan di Malaysia seperti aktiviti qiamullail, berbuka puasa beramai-ramai, bazar ramadan, tarawih serta bubur lambuk itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata sekiranya program itu berjaya, MOTAC akan melebarkan acara tersebut ke beberapa negeri lain yang turut berminat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Berhentilah Menangguk Di Air Keruh, Dr Ammar Tahu Kenapa Beliau Diturunkan Pangkat!

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Pencalonan Anugerah Seni Negara Dibuka Mulai Hari Ini Sehingga 29 Februari - MOTAC

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Airbnb Keluarkan Akaun Pengendali Inap Desa Didakwa Sembunyi Kamera Dalam Soket

4

Semasa 11 bulan yang lalu

MOTAC Siasat Dakwaan Ada Kamera Tersembunyi Di Inap Desa Sabah - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 23 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang