web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


DBP Tarik Diri Daripada Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt

Dewan Bahasa dan Pustaka memaklumkan keputusan itu dibuat atas dasar solidariti serta sokongan terhadap nasib rakyat Palestin yang berdepan serangan tentera Israel

Budaya Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2023 9:18AM

Kenyataan Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai keputusan menarik diri daripada Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt yang dikongsi di akaun Facebooknya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dewan Bahasa dan Pustaka semalam mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt (Frankfurter Buchmesse), susulan sokongan yang diberikan penganjur terhadap Israel.

Terdahulu, penganjur dalam kenyataan awalnya menyatakan solidariti mereka terhadap Israel dan menyifatkan serangan Hamas ke atas Israel adalah ‘melanggar hak asasi manusia’.

Susulan itu, penganjur Frankfurter Buchmesse bertindak membatalkan majlis penganugerahan kepada penulis Palestin, Adania Shibli, 49, bagi Anugerah Liberatur anjuran Litprom, iaitu persatuan kesusasteraan Jerman.

Anugerah itu adalah berdasarkan naskhah A Minor Issue tulisan Adania yang berkisar mengenai kisah gadis Palestin yang dirogol dan dibunuh tentera Israel pada 1949. Ia sepatutnya disampaikan pada 20 Oktober ini.

Terdahulu, Getaran melaporkan Penerbit Buku Fixi turut menarik diri daripada pesta itu dan menggesa lain-lain agensi dari Malaysia supaya mengambil tindakan yang sama.

Sementara itu, DBP menerusi hantaran di akaun Facebook rasminya dan X mengesahkan keputusan itu.

“Selaras dengan pendirian kerajaan dalam konflik Palestin dan Israel pada ketika ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt 2023,” katanya.

Keputusan DBP itu mendapat sokongan daripada pengguna aplikasi X, malah mereka turut menyatakan rasa syabas atas tindakan yang diambil.

Menurut laporan, hampir 3,000 penduduk Palestin terbunuh, manakala lebih 9,500 lagi cedera akibat serangan tentera Israel. -  Getaran, 17 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Rencana 4 bulan yang lalu

Pencabulan Bahasa Dalam Iklan Jadi Norma Yang Sukar Dibetulkan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Jangan Berdiam, Biar Rakyat Bangga Guna Bahasa Kebangsaan

3

Budaya 3 tahun yang lalu

Aura Bahasa Melayu Dr Malar Dan Mekyun

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara