web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Temui Pemimpin Industri Jerman Di Berlin

Ekonomi Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2024 8:47PM

Gambar - BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERLIN, 12 Mac (Bernama) - Lebih 35 pemimpin industri dan perniagaan menyertai mesyuarat meja bulat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Perdana Menteri, yang tiba di sini pada Ahad, mengambil peluang untuk memberi jaminan kepada perniagaan Jerman bahawa Malaysia kekal sebagai antara lokasi terbaik dan pilihan untuk pelabur.

Syarikat daripada ekonomi terbesar dunia itu yang hadir pada sesi tersebut terlibat dalam sektor seperti tenaga, peranti perubatan, semikonduktor, elektronik, jentera, automotif dan aeroangkasa.

Antara yang menghadiri mesyuarat itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Siemens AG Dr Roland Busch, CEO B. Braun GmbH Anna Braun dan CEO Melexis Marc Biron.

Turut hadir Presiden Airbus Asia Pacific Anand Stanley dan Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia Dr Susanne Lehmann dan Ketua Pegawai Operasi Infineon Technologies AG Dr Rutger Wijburg.

Selain itu, wakil dari Dewan Perniagaan Jerman, Dewan Perniagaan Malaysia-Jerman dan Persatuan Perniagaan Kecil dan Sederhana Jerman (BVMW).

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Arham Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz.

Pada masa ini, terdapat lebih 700 syarikat Jerman yang beroperasi di Malaysia, mewujudkan 65,000 pekerjaan.

Jerman telah menjadi rakan dagang terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara anggota Kesatuan Eropah sejak tahun 2000 manakala Malaysia adalah rakan dagang terbesar Jerman dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN.

Pada 2023, jumlah perdagangan Malaysia dengan Jerman naik 5.9 peratus kepada RM63.45 bilion (AS$13.90 bilion) daripada RM59.87 bilion (AS$13.62 bilion) pada 2022. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara