web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Akaun 3 KWSP: Penyelesai Masalah Atau Senjata Makan Tuan?

Ekonomi Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2024 10:12AM

Jika kesemua pencarum memilih Akaun 3 KWSP, ia akan mewujudkan dana bernilai RM57 bilion yang pasti mempunyai kesan jika ia dikeluarkan semua. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak dilaksanakan dua hari lalu, Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) mendominasi carta isu hangat yang menjadi bualan ramai.

Diperkenalkan saat rakyat mengeluh dengan kenaikan kos sara hidup, berita mengenai Akaun 3 itu ibarat titisan air di musim tengkujuh.

Namun dalam keghairahan mencorak perbelanjaan, timbul pula persoalan, apakah akaun ini tidak menjadi senjata yang memakan tuan?

Penganalisis ekonomi, Nazri Hamdan berkata, laporan menyebut bahawa jika kesemua pencarum memilih Akaun 3, ia berhasil mewujudkan dana bernilai RM57 bilion.

Menurut beliau, semua pihak juga perlu melihat kesan atau impak yang mungkin akan timbul jika kesemua RM57 bilion ini dikeluarkan.

“Jawapan ringkas saya adalah inflasi akan melonjak. Biasanya bila orang keluarkan wang ini, mereka akan belanja.

“Bukan sahaja yang terdesak wang, tapi yang tak terdesak pun akan keluarkan. Yang tak terdesak tu, mungkin barangan yang dibeli adalah berbentuk kehendak seperti telefon bimbit yang mahal,” katanya.

Nazri Hamdan - Gambar Facebook
Nazri Hamdan - Gambar Facebook

Jelas Nazri, wang yang dikeluarkan untuk membayar hutang pula akan ‘dipulangkan’ kepada bank dan disalurkan oleh institusi kewangan itu sebagai pinjaman.

“Wang cair tetap akan bertambah. Tak mungkin bank akan peram duit pendeposit. Sebab kerja mereka memang akan pinjamkan wang untuk dapatkan keuntungan.

“Pada tahun ini, Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan ada upward risk terhadap inflasi. Ia kerana kerajaan akan melaksana economic reform seperti subsidi bersasar. Keadaan ini pasti akan menyebabkan inflasi naik,” katanya.

Menjangkakan kadar inflasi antara dua hingga 3.5 peratus, beliau memberitahu, jangkaan tersebut bagaimanapun tidak mengambil kira kesan wang yang bakal dilepaskan oleh KWSP.

“Ia hanya mengambil kira penstrukturan subsidi. Kalaulah inflasi pada 2024 bergerak maksimum ke tahap 3.5 peratus, saya fikir BNM akan kekalkan OPR (Kadar Dasar Semalaman) pada tiga peratus.

“Akan tetapi, risiko inflasi sudah ditambah lagi dengan kesan wang cair dari KWSP. Inflasi pun mungkin ada peluang naik di atas 3.5 peratus,” katanya.

Nazri menarik perhatian, senario itu memungkinkan berlakunya dua perkara iaitu kenaikan OPR lebih tinggi oleh BNM sehingga 3.25 peratus untuk menyekat inflasi.

“Tapi kena ingat, kenaikan OPR ini tak boleh dilihat hanya dari aspek inflasi. Ia juga kena dilihat dari aspek kemampuan isirumah untuk membayar hutang. Pada masa yang sama, household debt telah naik dari RM 1.45 trilion pada 2022 kepada RM 1.53 trilion pada 2023. Dalam keadaan ini, kalau OPR naik, berapa ramaikah yang akan default dan muflis?

“Kalau kerajaan tak nak BNM naikkan OPR, mereka mungkin terpaksa menangguhkan rasionalisasi subsidi untuk perlahankan inflasi. Pengangguhan ini bukanlah sesuatu yang baik sebab kalau tak buat, defisit mungkin tak turun seperti mana sasaran iaitu 4.3 peratus,” katanya. - Getaran, 13 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Guna Akaun 3? Carum Semula Secara Sukarela - Pakar Ekonomi

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

KWSP Dijangka Umum Inisiatif Akaun 3 April Ini - Amir Hamzah

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRN 2023: Pembangkang 'Koyak' Dengan Kejayaan Kerajaan Perpaduan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara