web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRN 2023: Pembangkang 'Koyak' Dengan Kejayaan Kerajaan Perpaduan 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2023 7:32AM

Orang ramai membeli-belah di Pasaraya Econsave, Setapak Sentral. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMENYIH -- Pelbagai kejayaan yang dikecapi Kerajaan Perpaduan dalam tempoh tujuh bulan mentadbir negara menyebabkan pihak pembangkang cemburu atau 'koyak'.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata walaupun kerajaan masih baharu namun kejayaan inisiatif membantu rakyat yang dilaksanakan tidak boleh dinafikan.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) berkata disebabkan kejayaan itu pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan, sebaliknya mereka memainkan sentimen negatif termasuk menyentuh isu 3R iaitu agama, bangsa dan raja.

“Kejayaan yang dapat kita lihat sekarang kadar inflasi kita terus menurun dan kini mencapai pada kadar 2.4 peratus.

“Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sektor komunikasi mencatatkan penurunan inflasi bagi harga Internet, iaitu menurun pada kadar negatif 3.6 peratus, bermakna harga Internet semakin murah,” katanya pada ceramah Jelajah Perpaduan di Semenyih, Kajang malam tadi.

Jelas Fahmi terdapat pemimpin pembangkang yang masih berdegil dengan memainkan sentimen atau menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja).

“Walaupun pelbagai peringatan berhubung etika berkempen kepada semua pihak termasuk pengguna media sosial, namun ada yang masih mempermainkan isu berkenaan,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan semua pihak khususnya pemimpin parti supaya sentiasa peka serta menghormati undang-undang dan etika berkempen.- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

2

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Akaun 3 KWSP: Penyelesai Masalah Atau Senjata Makan Tuan?

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi