web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guna Akaun 3? Carum Semula Secara Sukarela - Pakar Ekonomi

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2024 8:01AM

Pencarum KWSP berusia 40 tahun ke atas dibenarkan mengeluarkan sehingga 30 peratus daripada simpanan untuk dipindah masuk ke dalam akaun fleksibel. - Gambai fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digalakkan membuat caruman secara sukarela bagi menampung semula wang persaraan yang berkurangan jika memutuskan untuk membuat pengeluaran menerusi Akaun Fleksibel atau Akaun 3.

Pensyarah kanan di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr Mohd Zaidi Md Zabri berkata, langkah kerajaan membenarkan pengeluaran mudah dari Akaun 3 dilihat sebagai perkembangan dinamik namun ia membawa cabaran tersendiri.

Jelasnya, langkah terbaru itu sudah tentu akan memberi impak pelaburan yang memberi pulangan lebih rendah kepada pencarum.

“Langkah ini sebagai alternatif untuk menjamin wang persaraan mereka tidak terjejas banyak. Kita kena ingat, bila kita bawa keluar dana dalam pelaburan, ia akan ganggu elemen pelaburan.

“Jika nanti pencarum melalui fasa ekonomi yang baik, aliran wang tunai yang mula stabil, gaji naik dan perniagaan mereka mula berkembang, pencarum boleh carum sendiri. Ia untuk ganti balik wang yang dikeluarkan sebelum ini, supaya aliran itu tetap ada,” katanya kepada Getaran.

Dr Mohd Zaidi Md Zabri
Dr Mohd Zaidi Md Zabri

Beliau mengulas mengenai langkah kerajaan mewujudkan akaun ketiga bagi membolehkan pencarum mengakses wang mereka pada bila-bila masa.

Pencarum KWSP yang berusia 40 tahun ke atas dibenarkan mengeluarkan sehingga 30 peratus daripada simpanan mereka untuk dipindah masuk ke dalam akaun fleksibel.

Meluahkan pendapat senada, pakar ekonomi Dr. Abu Sofian Yaacob pula berkata, caruman secara sukarela adalah penting untuk memastikan kestabilan simpanan persaraan pencarum.

Beliau turut mengingatkan pencarum untuk lebih berdisplin dan bertanggungjawab apabila mengakses wang simpanan persaraan.

“Sepatutnya wang tersebut digunakan jika betul- betul dalam keadaan terdesak dan sangat memerlukan.

“Maksudnya bila sudah tidak ada pilihan lain baru kita akses simpanan KSWP. Kira ia jalan terakhir untuk pencarum. Pencarum perlu latih diri mereka untuk sentiasa berfikiran begitu,” kata bekas pensyarah Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) itu.

Dr. Abu Sofian Yaacob
Dr. Abu Sofian Yaacob

Tambahnya, jika pencarum terdesak sekalipun, mereka boleh mencari alternatif lain untuk menambah pendapatan, berbanding mengakses wang persaraan.

“Saya faham ramai nak keluarkan wang KWSP sebab berdepan dengan keadaan ekonomi yang sangat mencabar.

“Tapi sebelum nak keluarkan KWSP itu, cari alternatif lain dulu seperti cari kerja sampingan, buat e-Hailing atau berniaga kecil- kecilan.

“Pencarum juga perlu mula ubah pemikiran untuk berusaha mencarum semula secara sukarela,” katanya.

Abu Sofian berkata, langkah itu sangat penting untuk memastikan pencarum menyedari risiko bakal diterima jika mengeluarkan wang persaraan mereka tanpa perancangan sebetulnya. - Getaran, 16 Mei 2024
 

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Akaun 3 KWSP: Penyelesai Masalah Atau Senjata Makan Tuan?

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Akaun 1 KWSP Kurang 10,000 Layak Terima Caruman Simpanan RM500

3

Ekonomi 1 tahun yang lalu

KWSP Catat RM39.31 Bilion Pendapatan Pelaburan Kasar Sembilan Bulan 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka