web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Akaun 1 KWSP Kurang 10,000 Layak Terima Caruman Simpanan RM500

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 9:07PM

Anwar Ibrahim berkata, kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan ia mencukupi untuk membiayai hari persaraan masing-masing - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menambah caruman simpanan bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada ahlinya yang berumur antara 40 sehingga 54 tahun dengan jumlah simpanan kurang daripada RM10,000 dalam Akaun 1.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu akan memberi manfaat kepada hampir dua juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir RM1 billion.

“Pada masa sama, kerajaan berharap rakyat yang mempunyai simpanan persaraan mencukupi akan terus menyumbang supaya semua lapisan pencarum memperoleh manfaat. 

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan ia mencukupi untuk membiayai hari persaraan masing-masing.

“Setelah negara dibelenggu dengan musibah pandemik COVID-19, rakyat terpaksa beberapa kali mengorbankan simpanan hari tua mereka bagi menampung keperluan hidup sewaktu pandemik. 

“Kini setelah rakyat beransur-ansur bangkit untuk membina semula kehidupan, kebanyakan rakyat menggunakan pendapatan yang diterima untuk menyara kehidupan sementara simpanan hari tua masih rendah,” katanya.

Terdahulu, Anwar berkata, kerajaan sedang mengkaji alternatif membantu rakyat yang menghadapi masalah kewangan, berikutan peningkatan kos sara hidup tanpa perlu mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut Menteri Kewangan itu, kerajaan sedang mencari jalan penyelesaian lain yang tidak akan membebankan pekerja apabila mereka bersara.

Perdana Menteri menjelaskan, beliau memahami isu mengenai kebenaran pengeluaran KWSP seperti dibangkitkan banyak pihak.

“Tetapi pengeluaran terbabit sudah dibenarkan beberapa kali hingga ada simpanan pencarum yang semakin berkurangan,” katanya. - Getaran, 24 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang