web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penyasaran Subsidi Diesel Di Semenanjung Bagi Pastikan Syarikat Minyak Bersedia – MOF

Ekonomi Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2024 12:54PM

MoF berkata langkah itu bagi memastikan syarikat minyak bersedia sekiranya langkah tersebut diperluas ke negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia adalah langkah fasa pertama bagi memberi ruang kepada syarikat minyak untuk membangunkan dan melengkapkan kemudahan dan infrastruktur yang diperlukan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

MoF berkata ia bagi memastikan syarikat minyak bersedia sekiranya langkah tersebut diperluas ke negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Pada masa ini kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan penyasaran subsidi diesel di Sabah dan Sarawak memandangkan sebahagian besar mod pengangkutan untuk menjalankan aktiviti ekonomi serta program dan projek pembangunan di kedua-dua negeri itu menggunakan bahan api diesel.

"Tambahan pula, keadaan geografi di situ mengehadkan kebolehlaksanaan mekanisme 'fleet card' yang memerlukan kemudahan dan infrastruktur yang lebih canggih terutamanya di kawasan pedalaman," menurut MoF dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen semalam.

'Fleet card' adalah sistem subsidi diesel yang telah ditambah baik untuk memastikan kenderaan yang layak mendapat subsidi boleh dipantau dari segi penggunaan diesel dan mengelakkan berlakunya ketirisan.

MoF berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) yang meminta kementerian menyatakan apakah rasionalnya pelaksanaan subsidi diesel bersasar hanya dilaksanakan di Semenanjung Malaysia dengan tidak melibatkan Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) yang ingin mengetahui mengenai bagaimana kerajaan dapat menjimatkan kos sekiranya pengguna diesel yang layak menerima Budi Madani sebanyak RM200 sebulan, MoF berkata bantuan tunai sebanyak RM200 adalah mencukupi.

"Ketetapan jumlah bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan adalah hasil kajian mendalam dan perundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk pemilik kenderaan, pakar ekonomi serta industri.

"Berdasarkan data daripada Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) berkaitan perbelanjaan bulanan bahan bakar diesel isi rumah, dianggarkan RM200 adalah jumlah mencukupi untuk menampung kos diesel bulanan tambahan bagi 80 peratus isi rumah di Semenanjung Malaysia," katanya.

Menurut MoF, kerajaan akan sentiasa memantau situasi semasa termasuk pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dan sekiranya perlu, penambahbaikan dari semasa ke semasa akan dibuat dalam memastikan golongan yang benar-benar layak terus mendapat perhatian kerajaan dalam mendepani cabaran kos sara hidup. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kaitan Cadangan MoF Lelong Perkampungan Tok Senik

3

Semasa 4 bulan yang lalu

SPRM Tahan Bekas CEO Badan Berkanun Disyaki Seleweng RM1.2 Bilion

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara