web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Awesome TV  Gunakan Khidmat Pak Nil Mantapkan ’Berita 757’

Program ‘Berita 757’ yang mula dilancarkan pada 1 Februari lalu membawakan laporan harian yang merangkumi berita-berita nasional, tempatan dan luar negara.  

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 8:15AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi mengukuhkan kedudukan dan kredibiliti sebagai jenama utama yang berani menyalurkan maklumat telus, Awesome TV menerusi penerbitan program ‘Berita 757’ terus konsisten mengupas kandungan berita berkaitan isu-isu semasa dan sensitif yang dekat dengan masyarakat tanpa mengutamakan mana-mana pihak.

Mengangkat slogan ‘Rakyat Keutamaan Kami’, program ‘Berita 757’ yang mula dilancarkan pada 1 Februari lalu bersiaran secara langsung pada setiap hari Isnin hingga Ahad, jam 7.57 malam di platform Astro saluran 123 dan MyTV saluran 112.

Program berdurasi 33 minit ini membawakan laporan harian yang merangkumi berita-berita nasional, tempatan dan luar negara merentasi segmen politik, isu semasa, ekonomi, jenayah, hiburan dan sukan.

Ia dikemudikan empat personaliti berita yang bertanggungjawab untuk mengendalikan slot harian secara bergilir-gilir iaitu Dr. Mohd Ghazali Taib, Ain Syuhada Ahmad Bohari, Nadhra Mohd dan Adriana Ghafar.

Mengulas lanjut mengenai hala tuju dalam meletakkan ‘Berita 757’ sebagai wadah berpengaruh untuk memperkasakan suara rakyat Malaysia, Datuk  Adam Ilyas yang juga  Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV berkata, seperti yang kita sedia maklum, saluran berita merupakan salah satu komponen utama pilihan penonton yang berperanan untuk memberikan akses kepada sumber maklumat penting.

"Selaku stesen televisyen yang berperanan sebagai cermin masyarakat, kami memikul tanggungjawab besar dalam melaporkan berita yang diperoleh daripada sumber yang tepat secara adil tanpa memihak atau dikawal oleh mana-mana pihak yang mempunyai kuasa politik atau berkepentingan. 

”Kami berpegang kepada kebebasan media serta berani menongkah arus untuk memberi kritikan dan teguran membina sambil menyalurkan maklumat,” katanya.

Namun begitu,  jelas Adam, walaupun corak pemberitaan laporan ‘Berita 757’ bersifat agresif dan vokal, namun mereka tetap mementingkan soal sahsiah dan menitik beratkan kawalan ke atas setiap isi kandungan liputan.

"Perkara itu harus diberikan keutamaan kerana kita sedar akan implikasi yang mungkin boleh berlaku setelah maklumat tersebut disebarkan dan diterima oleh orang ramai.

"Walaupun baru sahaja dilancarkan pada 1 Februari lalu, pendekatan ‘Berita 757’ terbukti berkesan apabila berjaya merekodkan kedudukan kedua teratas atau ‘Top 2’ bagi kategori berita dalam bahasa Melayu dengan jumlah tontonan melebihi 18 juta sejak ia dilancarkan dua bulan lalu. 

"Bahkan,  ’Berita 757’ turut berjaya meraih perhatian golongan muda apabila mencatatkan sejumlah 57 ribu pengikut di platform media sosial, TikTok. 

"Sebagai pemain baharu dalam segmen berita, kami menyimpan aspirasi untuk melihat ‘Berita 757’ berdiri sebagai trendsetter alaf baharu bidang pemberitaan bertaraf dunia dan berpengaruh sebaris dengan pemain arus perdana yang lain di Malaysia,” katanya.

Bagi menyuntik kelainan unik dan segar daripada segi penyampaian dan persembahan secara visual sekaligus menyerlahkan pesona barisan personaliti ‘Berita 757’, selebriti tersohor tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil dilantik sebagai tenaga pengajar. 

Pak Nil telah diberi tanggungjawab untuk melatih serta membimbing barisan personaliti ’Berita 757”  untuk silibus pembinaan karakter, pembentukan bahasa tubuh yang efektif merangkumi ekspresi wajah, gerakan badan, lontaran suara, disiplin pengucapan awam terutamanya di hadapan kamera, teknik berinteraksi, penjagaan tata rias dan sebagainya.

"Kami amat berbesar hati dengan kehadiran Pak Nil yang sudi berkongsi pengalaman dan kepakaran yang beliau miliki untuk melatih personaliti ‘Berita 757’. 

"Dengan legasi seni lebih 30 tahun berkecimpung dalam bidang pengacaraan, kredibiliti dan reputasi cemerlang beliau sebagai personaliti TV dan pengacara yang disegani meletakkan Pak Nil sebagai guru yang dilihat paling layak untuk memberikan tunjuk ajar kepada pembaca berita kami,” tambah Adam lagi. 

Awesome TV juga bakal mencetuskan inisiatif pencarian bakat baharu yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai personaliti ‘Berita 757’ selepas raya nanti. - Getaran, 14 April 2022

Gambar: Awesome TV 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 4 bulan yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

2

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Motaz Azaiza Tersenarai Men Of The Year GQ Middle East

3

Semasa 10 bulan yang lalu

'Video Pembaca Berita Itu Sudah Diedit, Wajah Sebenar Cantik Dan Manis'

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Faktor Masa Punca Awesome TV Digugurkan Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara