web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aziz M Osman Janjikan Faktor Wow Dalam Jaga-Jaga Senariounion 

Filem 'Jaga-Jaga Senariounion' ini menghimpunkan semula Azlee, Saiful Apek, Wahid, Yassin, Hamdan dan Illya selepas lebih sedekad. 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2022 5:16PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan Senario pernah mencetuskan fenomena yang luar biasa dengan punchline hebat sewaktu muncul dalam persembahan live di pentas mahu pun dalam sitkom di platform televisyen serta nyanyian lagu-lagu komedi yang mengeletek hati di radio.

Bahkan mereka juga pernah menguasai industri perfileman dengan filem-filem yang kebanyakannya pecah panggung termasuk 'Senario The Movie' (1999), 'Senario Lagi' (2000), 'Lagi Lagi Senario' (2001), 'Senario XX' (2005) dan 'Senario Pemburu Emas Yamashita' (2006). 

Bagi mereka yang membesar dengan Senario, filem-filem mereka yang hampir kesemuanya diarahkan Aziz M Osman kecuali 'Senario Dalam Lang Buana' (arahan Mamat Khalid) sememangnya sukar dikikis dalam ingatan. 

Kemudian kita tidak melihat lagi Senario di layar perak kecuali sebagai pelakon yang menjayakan watak untuk produksi lain, sehinggalah Aziz M Osman memaklumkan bahawa beliau akan muncul dengan filem baharu arahannya, 'Jaga-jaga Senariounion' di media sosial pada tahun lepas. 

Pengumuman Aziz tentang 'Jaga-Jaga Senariounion' cukup menarik perhatian dan selepas 15 tahun sepi tanpa filem jenama mereka sendiri, akhirnya produk filem baharu ini mengumpulkan semula ahli-ahli asalnya iaitu Azlee, Saiful Apek, Wahid, Yassin, Hamdan dan Illya, yang pasti akan mengubat kerinduan peminat. 

Mengulas tentang 'Jaga-Jaga Senariounion', Aziz M Osman berkata, Senario sebetulnya telah menjadi sebahagian daripada kerjaya dan hidupnya, bahkan kredibilitinya sebagai seorang pengarah turut diperkukuhkan dengan filem-filem jenama Senario. 

“Selepas kali terakhir saya mengarahkan 'Senario Pemburu Yamashita' pada 2006, saya memang sudah kehabisan modal idea atau subjek cerita untuk menghasilkan filem Senario. 

“Saya dah tak tahu apa yang saya nak pusing lagi. Jadi, saya ambil keputusan untuk berhenti mengarah filem Senario lagi. “

“Ironinya, selepas munculnya Senario Reunion tanpa Media Prima beberapa tahun kebelakangan ini, saya dapat melihat setiap karektor mereka yang sudah berbeza dan semakin matang. 

“Kebetulan saya pulak ada cerita yang matang dan saya mula memikirkan idea untuk menggunakan sarung Senario. 

“Bagi saya, ini juga satu pendekatan evolusi kerana pengikut Senario yang dahulunya kanak-kanak atau remaja dewasa mungkin sudah menjadi bapa orang atau atuk orang,” katanya. 

Penceritaan dan perjalanan plot filem 'Jaga-Jaga Senariounion' ini mengangkat subjek yang sangat dekat dengan masyarakat iaitu kenduri kahwin. Kisahnya bermula di hari majlis pernikahan anak Dato Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Dato Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya.

Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja. Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut. Semuanya menjadi teka-teki. 

Menurut Aziz lagi, dia tidak tahu apa yang dapat dijangkakan daripada filem baharu Senario yang diarahkannya itu. 

“Saya tidak lagi terlalu berkobar semacam dahulu. Saya lebih kepada mahu berkarya untuk kepuasan sendiri dan seperti kembali semula kepada diri saya di awal-awal penglibatan dalam bidang ini. 

“Tapi, saya percaya ramai yang membesar dengan komedi dan sitkom lakonan Senario dan pasti ada yang merinduinya. 

“Apabila ramai yang bertanyakan dan meminta kemunculan semual kumpulan ini dengan kehadiran semua ahli, jadi saya dan pihak penerbit tidak teragak-agak untuk merancang menghasilkan filem Senario. Jadi 'Jaga-Jaga Senariounion' adalah buah tangan terbaharu daripada Senario buat peminatnya. 

“Dari sudut pengarahan pula, tidak banyak cabaran besar yang dilalui, tetapi apa yang istimewanya ketika di set, semuanya rasa seperti dahulu kala. 

“Buat penonton dari generasi baru, saksikan filem ini dan kenali kumpulan pelawak legenda yang pernah menggamatkan suasana satu ketika dahulu. Saya menjanjikan elemen ‘wow’ dan komedi yang terkini menerusi 'Jaga-Jaga Senariounion',” katanya. 

'Jaga-Jaga Senariounion' bukan sahaja dibintangi ahli-ahli Senario tetapi juga turut mengembalikan wajah-wajah yang pernah mewarnai filem-filem Senario terdahulu, seperti Syanie Hisham, Mas Said, Badrolshah, Bobby Kiran serta pelakon baru, Amm Raja Lawak dan Nur Farisha Amira. 

Filem bergenre komedi yang masih mengekalkan elemen komedi dan lawak segar yangg menjadi identiti Senario ini bakal menemui penonton di Astro First, saluran 480 bermula 21 April ini. - Getaran, 19 April 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Malam Komedi ‘Live, Love, And Laugh’ Untuk Bertemu Kenalan Baru, Mungkin Juga Bertemu Jodoh

3

Selebriti 4 bulan yang lalu

Azlee Senario Dikejarkan Ke IJN Selepas Tidak Sedarkan Diri

4

Filem & TV 5 bulan yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia