web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selami Liku Kehidupan Ratu Soul, Aretha Franklin

Saksikan siri terhad biografi 'GENIUS: ARETHA' di saluran National Geographic.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Mar 2021 8:50AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Musim ketiga yang dinanti-nantikan, GENIUS: ARETHA yang dibintangi oleh pelakon wanita pemegang trofi Tony®, Emmy dan Grammy, Cynthia Erivo sebagai Ratu Soul Hollywood, Aretha Franklin (1942-2018). 

Siri terhad yang akan ditayangkan secara eksklusif di saluran National Geographic ini bakal menjelajahi kerjaya dan perjalanan muzik Aretha yang tiada tandingannya serta kesan dan pengaruh abadi beliau terhadap muzik dan budaya di seluruh dunia.

Aretha juga terkenal dengan lagu gospel dan seorang pejuang hak asasi manusia yang lantang. Beliau dikenali secara meluas sebagai penyanyi terhebat sepanjang zaman (50 tahun mutakhir) dan banyak menerima anugerah yang tak terhitung jumlahnya sepanjang kerjaya seninya. 

GENIUS: ARETHA adalah filem biografi adaptasi dan sahih tentang cetera kehidupan Ratu Soul yang mendunia ini. Tanpa mempelajari muzik, Aretha pelajari bermain piano sendiri. Pada usia 12 tahun, beliau mula merakam lagu dan menyanyi semasa jerayawara gospel bersama ayahnya. 

Aretha turut menandatangani kontrak rakaman pertamanya pada usia 18 tahun dengan Columbia Records dan berpindah ke Atlantic Records pada tahun 1966, di mana beliau banyak merakamkan lagu-lagu ikoniknya.

Pada 1979, Aretha memulakan persahabatan selama 40 tahun dengan penerbit terkemuka Hollywood, Clive Davis yang telah mencipta beberapa lagu hit beliau, termasuk ‘I Knew You Were Waiting’, lagu duet terbaiknya bersama mendiang George Michael. 

Penyanyi legenda ini adalah salah satu artis terlaris di dunia sepanjang masa, dengan lebih daripada 75 juta rekod terjual di seluruh dunia sepanjang kariernya. Sehinggakan suaranya diiktiraf sebagai ‘sumber semula jadi’ oleh negeri kelahirannya, Michigan.

Filem biografi ini turut dibintangi oleh pelakon-pelakon papan atas Hollywood seperti Courtney B Vance (Timeless) sebagai bapa Aretha, CL Franklin, David Cross (Arrested Development) sebagai penerbit, Jerry Wexler, Patrice Covington (The Color Purple) dan Rebecca Naomi Jones (Oklahoma!), masing-masing memegang watak adik kepada Aretha iaitu Erma dan Carolyn Franklin serta Steven Norfleet (Dynasty) sebagai abang Aretha, Cecil Franklin. 

GENIUS: ARETHA akan ke udara di Malaysia di saluran National Geographic (Astro: CH551 HD / Unifi TV: CH 508 HD) dari 22 Mac hingga 25 Mac, jam 9 pagi dan 9 malam.  

Semua gambar: National Geographic

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Muzik 3 bulan yang lalu

Negara Perlukan Lebih Ramai Pengkarya Lagu Patriotik

3

Muzik 3 bulan yang lalu

3 Kategori Utama Tiket Konsert Solo Terakhir Datuk Awie Habis Dijual

4

Muzik 3 bulan yang lalu

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Berduet Lagu 'Kurik Kundi' Di Konsert Destiny Of Music

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara