web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengarah, Pelakon W : Two Worlds Mohon Maaf Gara-Gara Adegan Bercium

Yusry hargai teguran penonton, janji tidak akan berulang lagi

Filem & TV Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2024 8:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah siri, W: Two Worlds, Yusrry Abdul Halim, tampil memohon maaf berhubung kontroversi adegan ‘bercium’ yang mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penonton.

Pelakon terbabit iaitu Hun Haqeem dan Daiyan Trisha turut mengambil langkah sama.

Jelas Yusry, selepas ini dia akan lebih berhati-hati ketika menghasilkan babak-babak romantis dalam karya arahannya. 

“Kami terima teguran itu dan ambil maklum mengenainya. Kami akan pastikan perkara ini tidak akan berulang pada masa akan datang. Kami minta maaf,” ulas Yusry ketika ditemui  media di parti W: The Two Worlds Watch malam tadi.

Pada masa sama, Yusry turut menjelaskan bahawa dia dan pelakon terlibat tidak dapat mengulas lanjut kerana menghormati permintaan platform penstriman, Viu yang meminta mereka tidak memberikan sebarang komen.

Sebelum ini tular di sosial media membabitkan babak watak utama siri itu, Hun Haqeem dan Daiyan Trisha bercium biarpun ia berlapik dengan sehelai kain.

Netizen menganggap adegan itu tidak wajar dipaparkan kepada khalayak, walaupun ia tidak bersentuhan secara langsung. Ini kerana ia seolah-olah tidak menjaga sensitiviti masyarakat Malaysia, lebih-lebih lagi dalam kalangan penonton beragama Islam. 

W: Two Worlds diumumkan sebagai salah satu daripada 5 siri Viu Originals untuk tayangan bagi tahun 2023 dalam satu sidang media yang diadakan pada 1 Disember 2022.

Ia diadaptasi daripada siri drama Korea Selatan yang ditayangkan pada 2016 dengan tajuk yang sama dan ia dibintangi oleh Lee Jong-suk dan Han Hyo-joo. Viu Malaysia adalah negara ketiga yang menerbitkan adaptasi drama berkenaan selepas Thailand dan China. – Getaran, 4 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Saya Bukan Doktor Sebenar, Saya Hanya Pelakon, Mario Maurer Akui Didatangi Peminat Yang Mahu Dapatkan Rawatan Daripadanya 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Saya Bukan Jenis Yang Sentiasa 'Say Yes' Untuk Puaskan Hati Pihak Lain - Gambit Saifullah 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Masih Sedih Dengan Pemergian Ibu Bapanya Akibat Kanser - Liyana Jasmay Akui Mula Ambil Berat Tentang Status Kesihatan 

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Enggan Komen, Pengarah Filem 'Mentega Terbang' Bakal Beri Kenyataan Dalam Waktu Terdekat 

Sorotan

1

Agong Masyhur Masjid Sultan Ibrahim

2

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

3

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

4

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

5

Silap Label Kedudukan Sabah, Sarawak, Proton Mohon Maaf

6

Dr Joohari Wakili Pakatan Harapan Sebagai Calon PRK Sungai Bakap