web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Salun, Kafe Dan Pustaka, Menjengah Butik Terbesar dUCk!

dUCk memperkenalkan dUCk Bangsar Village yang turut merangkumi kafe, salun khusus wanita, mini pustaka dan banyak lagi di Bangsar Village 1.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 8:55AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terletak di Bangsar Village 1, dUCk Bangsar Village merupakan butik terbesar dUCk. Ia tidak sama seperti butik-butik konvensionalnya yang lain. 

Direka khas untuk rakan-rakan dUCkies, butik ini bukan sebarang butik, ia turut mempunyai kafe, salun khusus untuk kaum hawa, perpustakaan mini, galeri selendang, stesen solekan dan stesen memperibadikan hadiah dUCk untuk yang tersayang.

Butik dua tingkat ini dilancarkan oleh Vivy Yusof sempena ulang tahun ketujuh dUCk. Ia juga merupakan butik ketujuh dUCk di Malaysia.

“dUCk tidak pernah dibina hanya untuk menjual tudung semata-mata. Jenama ini dibina untuk meraikan gaya hidup wanita-wanita sopan moden. 

“Daripada cara berpakaian dan bersolek, bagaimana dia berdandan dan memulakan paginya dengan secangkir kopi, semuanya telah dirangkumi di dUCk Bangsar Village.

“Saya harap orang ramai bakal menikmati pengalaman gaya hidup fesyen sederhana di butik kami ini,” ucap Vivy Yusof, pengasas bersama The dUCk Group. 

Pengalaman butik dUCk

Disimbahi dengan warna ungu ikonik dUCK, butik ini sememangnya bakal memberi keterujaan untuk semua dUCkies.

Dari koleksi sedia pakai dUCk, sehingga ke aksesori seperti beg, tas tangan dan kosmetik, dUCk Bangsar Village terbuka untuk semua penggemar fesyen. 

Pustaka ungu

Dibina untuk pengalaman interaktif, Pustaka Ungu atau ‘The Purple Library’ ialah salah satu ruangan khas terbaru dUCk.

Pelanggan boleh meluangkan masa membaca buku-buku rujukan tentang hijab dan selendang, khususnya selendang perdana keluaran dUCk yang sesuai dengan penampilan mereka. 

Fakta bestari, dUCk Scarf telah terjual lebih 3 juta helai di seluruh dunia!

The dUCk Salon

Manjakan diri anda di salun rambut dan kuku terbaharu di The dUCk Salon! 

Diuruskan oleh A Cut Above, salun pertama dUCk ini memastikan privasi dengan mengutamakan pelanggan-pelanggan wanita sahaja.

Tempah slot anda di The dUCk Salon.

The dUCk Cafe

Mengambil inspirasi sebuah kafe di London, nikmati secangkir kopi di The dUCk Cafe.

Terdapat pokok sakura rendang berwarna ungu di tengah-tengah kafe, sesuai untuk anda mengambil foto #OOTD! 

Peribadikan dUCk anda! 

Beri hadiah kepada teman atau kekasih hari dengan barangan dUCk! Anda boleh menyulam nama yang tersayang di barangan-barangan dUCk yang dibeli di bahagian ini. 

Dinding dUCk ikonik

Keterujaan menerima kotak dUCk yang disertakan dengan setiap pembelian tudung dUCk sememangnya mengujakan. 

Lebih-lebih lagi jika anda bergambar di bahagian Dinding dUCk yang dihiasi dengan lebih 300 kotak dUCk edisi terhad! - Getaran, 2 November 2021

Semua gambar: The dUCk Group

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 9 bulan yang lalu

Dyslexia Cafe MY Bantu Tingkat Kesedaran Tentang Disleksia

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

 Cawangan Ke-10 Kafe Chef Wan Bakal Bertapak Di KLIA

3

TARA 1 tahun yang lalu

Bekerja Dari Kafe, 8 Pilihan Kafe Yang Boleh Dicuba di Pavilion Bukit Jalil

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Setuju Cadangan Sarawak Wujudkan Penerbangan Butik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN